AA cabar AHA, langsunglah dalam baik
Beberapa minggu lepas saya sudah meramalkan yang bekas Presiden
Ulama Malaysia (PUM) Ahmad Awang (AA) akan mencabar kedudukan Abdul Hadi
Awang (AHA) sebagai presiden Pas.
Dan ramalan itu menjadi kenyataan
hari ini apabila AA telah menyerahkan borang menyatakan kesediaan untuk
berdepan dengan AHA.
AA tidak memberi banyak alasan kenapa dia mencabar AHA. Beliau hanya
menyebut untuk memperkukuhkan parti, meraikan kekawan dan sudah tentu
sebab lain kerana pertandingan dibenarkan dalam Pas, dan pertandingan
itu bagi menggambarkan Pas sebuah parti demokratik dan pertandingan itu
menyuburkan demokrasi.
Sebenarnya pertandingan itu adalah perkara biasa, dan ia mengulangi siri-siri perebutan jawatan dalam Pas sebelum ini.
Abdul Hadi dicabar Ahmad Awang. |
Sebenarnya pertandingan itu adalah perkara biasa, dan ia mengulangi siri-siri perebutan jawatan dalam Pas sebelum ini.
Bukan tidak pernah
pimpinan tertinggi Pas dicabar ataupun dikutuk sehinggakan mereka
akhirnya mengambil keputusan berundur, ia pernah berlaku, maka tindakan
AA hari ini adalah mengulangi sejarah menuruti tradisi.
Mungkin generasi baru dalam Pas yang baligh selepas Allahyarham Fadzil Mohd Noor membawa kepada AHA, tidak pernah melihatan itu ditentang berasa sesuatu yang pelik dan mengejutkan.

Apa lagi yang beranggapan
jawatan presiden itu adalah hak orang ulama sampai akhir hayat, akan
beranggapan tindakan AA itu sebagai tidak tidak patut.
Bagaimana pun bagi mereka yang tahu, mengenali siapa AA mereka tidak mudah menuduh yang bukan-bukan bahkan AA sememang layak berada di jawatan tertinggi Pas bukan sahaja selaku presiden bahkan Mursyidul Am pun layak.
Lantaran itu hendaknya jangan ada yang meletakkan tindakan AA itu sebagai satu pengkhiatan, jauh sekali cuba merosakan asas kepimpinan ulama dalam Pas.

Bukankah AA juga adalah seorang ulama dan fakeh
mengenai agama? Siapa berani menafikan kehebatan AA dalam hal ini? Iya
kecuali merekia yang bermata hatikan dengan emosi sahaja.
Sebagai pemuka agama dan da'i, kedudukan AA sama tinggi dan sama rendah dengan AHA. Bahkan dalam sudut-sudut tertentu pentadbiran dan organisasi AA lebih berpengalaman dari AHA.

Sebelum keduanya aktif dan
berkedudukan dalam Pas, ternyata AA jauh ke depan berbanding dengan AHA.
AA pernah menerajui PUM berbelas tahun, sebaliknya AHA hanya menjadi
ketua ABIM peringkat negeri Terengganu sahaja.
Menerima cabaran AA terhadap AHA ini semua pihak khasnya dalam Pas kena fahami lenggang lengguk politik. Apa yang penting mengkaji dan mencari apakah kunci maka AA telah mengambil keputusan mencabar AHA.

Ia saya
rasa bukan dibuat saja-saja untuk suka, atau pun menambahkan gimik dalam
parti dan Pas, melainkan satu tanggungjawab sosial. AA berpegang kepada
amanah dia sebagai seorang ahli Pas.
Dari itu AHA juga kena memahami kenapa beliau ditentang. Beliau kena mengkaji atau toleh ke belakang kenapa selama lebih 10 tahun beliau diberi kepercayaan untuk memimpin Pas, tetapi kenapa sejak akhir-akhir ini kedudukannya dicabar. Bagi saya tempua tidak akan bersarang rendah kalau tidak ada mengada.

Dan kalau AA dianggap sebagai tebuan, beliau
tidak akan keluar dari kloninya kalau bukan di usik atau berasakan perlu
berbuat begitu.
Di sini saya tidak mahu mengulas panjang sebab dan faktor AHA dicabar. Saya tidak mahu meletakkan saya dalam lurah tohmohan dan fitnah. Bagi saya, kedua mereka saya hormati dan sayangi.

Seperti juga tindakan AA,
saya tidak lantang mengkritik AHA sebelum ini melainkan akhir-akhir ini,
apabila ditenung kepada beberapa tindakan dan aksinya politiknya yang
agak memelikkan dan janggal.
Saya hanya lihat dari konteks siasah sahaja
sebab Pas adalah gerakan sosial bukan jemaah dakwah total.
Orang yang waras akan dapat melihat perubahan sikap dan pandangan politik AHA sejak ke belakangan ini yang sonsang atau kontrodik dengan sikap dan pendiriannya pada tahun-tahun 80an lalu. Beliau jauh meninggalkan dirinya yang hebat pada tahun 80an hingga 90an dulu.

AHA
semacam kehilangan identiti dirinya. Hanya mereka yang pandir atau pun
sengaja membutakan mata sahaja tidak mahu menerima hakikat ini.
Apa yang saya ingin katakan disini, ahli Pas harus menerima perlawanan antara AA dengan AHA sebagai perkara biasa. Jadikan perlawanan itu sebagai usaha dan ikhtiar memperkuatkan Pas. Selepas selesai sahaja perlawanan nanti semua harus kembali bersatu semula, berada dalam satu saf. Perjuangan Pas atau Pas itu sendiri tidak akan menjadi kuat tanpa ada kesatuan ummah dalamnya.
Perebutan jawatan dalam Pas bukan soal kalah atau menang yang menjadi matlamatnya. Tidak ada guna kalau menang jadi arang dan kalah jadi abu.

Perebutan jawatan adalah untuk semua pihak memuhasabah diri menerusi
perlawanan itu. Bukan sahaja kedua mereka tetapi para pendokong
juga.Perlawanan itu memberi ruang kepada ahli menilai kredibiliti mereka
untuk memimpin Pas, bukan membalas dendam antau menjadi medan
mengatakan antara satu sama lain.
Terus terang walaupun saya secara peribadi boleh menerima kaedah pelawanan, tetapi bimbang takut kesan kepada pelawanan itu meninggalkan parut yang sukar dihilangkan. Kalau ini berlaku maka malanglah nasib Pas.

Perbalahan selepas ini kerana perlawanan, jangan hendaknya menjadi
barah membawa belah kepada Pas.Janganlah. Pas sesungguhnya berpotensi
untuk menjadi parti peneraju negara ini.
Sebelum ini saya mengsyorkan agar diadakan kompromi bagi mengelakkan kemungkinan berlaku perpecahan akibat perlawanan. Tetapi cadangan itu nampaknya disambut dingin.

Saya meletakkan kedinginan itu kerana yakin
semua orang dalam Pas senantiasa insaf dan bersikap gentlemen. Mereka
berlawan tetapi tetap tidak ingat akan nawaitu dan ikrar mereka
menyertai Pas.
Pas bukan sebuah game tetapi Pas adalah wadah perjuangan. [wm.kl.7:05 pm 14/05/15]

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.