Followers

Saturday, April 18, 2015

Zam bidas kenyataan Zaid FMT Reporters


 
zam zaid

Kenyataan Zaid yang mencadang Tun Dr Mahathir berganding bahu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggambarkan kegagalannya memahami nilai politik Tun M.

PETALING JAYA: Cadangan Datuk Zaid Ibrahim supaya Tun Dr.Mahathir berganding bahu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah suatu penghinaan terhadap nilai moral bekas Perdana Menteri.

Bekas Menteri Penerangan yang juga bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, kenyataan yang dibuat itu hanyalah khayalan.

“Seorang peguam tidak sewajarnya membiarkan sentimen peribadi menguasai diri sehingga beliau membuat suatu pembacaan politik yang salah meletakan Tun Dr.Mahathir sebagai political animal yang sangat liar ,seolah-olah Mahathir tidak mempunyai nilai moral dalam politik.

Apakah Zaid memikirkan Mahathir sanggup memaafkan orang yang telah memporak perandakan orang Melayu dan mengotori imej Islam di negara ini?” soalnya dalam tulisan terbaru beliau di http://zamkata.blogspot.com.

Sebelum ini, Zaid yang pernah menjadi Ahli Parlimen Kota Bharu mencadangkan agar Dr Mahathir berbaik semula dan bekerjasama dengan musuhnya itu bagi menjatuhkan Najib.

Penilaian itu dibuat selepas bekas Perdana Menteri menziarahi jenazah bapa Anwar, Allahyarham Datuk Ibrahim Abdul Rahman yang meninggal dunia awal bulan ini.

Kata Zam lagi, kenyataan yang dibuat itu menggambarkan kegagalan Zaid membaca nilai politik Dr Mahathir.

“Bahawa Mahathir menziarahi jenazah bapa Anwar Ibrahim bukanlah berarti Mahathir memaafkan dosa besar Anwar kepada UMNO dan orang Melayu tetapi adalah kerana menghormati rakan lamanya dalam politik.

“Allahyahham Pak Ibrahim adalah juga kawan saya kerana semasa beliau menjadi anggota Parlimen ,saya adalah pemberita yang sering meliputinya . 

 Allahyarham adalah seorang anggota Parlimen yang terbilang dan berkualiti dan seorang sahabat baik kepada Dr.Mahathir. Apakah kerana anaknya yang jahat maka seorang kawan tidak seharusnya menghormati sahabatnya?,” bidas Zam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.