Followers

Saturday, April 18, 2015

Mahathir bersimpati dengan Najib - FMT Reporters

 
mahathir 1mbd nahib

Menurut Tun Dr Mahathir, kepimpinan Datuk Seri Najib yang lemah menyebabkan beliau terpaksa tunduk dengan Singapur.

PETALING JAYA: Lagi kenyataan sinis Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dikatakan terlalu lemah untuk mentadbir negara ini.

Faktor itu juga menyebabkan beliau tidak dapat meneruskan pembinaan Jambatan Bengkok yang menghubungkan Johor Bahru dengan Woodlands kerana terpaksa tunduk kepada Singapura.

Bagaimanapun dalam sidang akhbar selepas melancarkan ‘Forum Antarabangsa: Menjenayahkan Perang, Menjana Keamanan’ anjuran Yayasan Menjenayahkan Perang Kuala Lumpur (KLFCW) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), beliau menjelaskan dapat menerima alasan kegagalan Najib meneruskan cita-citanya.

“Saya simpati terhadap beliau kerana beliau amat lemah dan tidak membina jambatan tersebut. Oleh itu, saya maafkan beliau – tetapi apabila anda kehilangan wang dan tidak dapat menjelaskan di mana ia berada, saya rasa anda tidak kompeten untuk menjadi Perdana Menteri,” kata Dr Mahathir.

Kenyataan kehilangan wang dibuat dengan merujuk kehilangan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibangkitkan beliau sebelum ini.

Pada sidang akhbar yang sama, sekali lagi Dr Mahathir meluahkan rasa bimbangnya terhadap masa depan UMNO menjelang pilihan raya umum yang akan datang. “Kita berdepan dengan pilihan ini: 

sama ada anda menyingkirkan seorang perdana menteri yang gagal dan akan menyebabkan Umno kalah pada pilihan raya akan datang atau anda ambil peluang sekiranya beliau undur diri, kita mungkin berpeluang menghidupkan semula Umno,” katanya.

Meskipun Najib secara terbuka membuat kenyataan melalui program Soal Jawab Khas, terbitan TV3, bagi menangkis isu yang ditimbulkan Dr Mahathir, namun jawapan yang diberikan beliau dikatakan terlalu umum dan persoalan itu dilaporkan masih menimbulkan pertanyaan di kalangan rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.