Followers

Wednesday, April 1, 2015

Wang Kertas RM100 Dijual RM76,000

 


KUALA LUMPUR: Seorang pengumpul wang dari Malaysia dibayar RM76,000 untuk sekeping duit bernilai RM100 yang mengandungi nombor siri AA8888888 di lelongan oleh Bank Negara Malaysia.

Perkara ini didedahkan oleh Pengarah Urusan MNP Auctioneers (Pusat) Sdn Bhd Stephen Soon, yang bertanggungjawab menjalankan lelongan di ibu pejabat Bank Negara di sini, semalam.

Bilangan lapan angka lapan yang membawa perkataan "kemakmuran" bagi kepercayaan kaum Cina punca duit tersebut menjadi tarikan utama.

"Di Malaysia, awalan huruf berkembar dan nombor yang sama adalah yang paling popular di kalangan pengumpul," kata Soon.

Beliau menambah bahawa nilai wang telah ditentukan oleh nombor siri, dan bukan dengan nilai sebenar nota.

"Orang sering berfikir bahawa duit dengan jenis nombor yang unik hanya boleh diperolehi di bawah meja, tetapi melalui lelongan ini sesiapa sahaja boleh membida untuk mereka," katanya.

Selain itu, 178 keping wang kertas yang lain yang juga memiliki nombor unik turut dilelong dalam jualan yang dikendalikan oleh MNP Auctioneers (Central) Sdn Bhd, iaitu jurulelong yang telah dilantik oleh bank pusat itu.

Jelasnya lagi, jualan lelongan seperti ini sentiasa dinantikan oleh pengumpul wang kertas kerana wang kertas bernombor siri unik ini tidak ada di pasaran.

Oleh sebab itu, wang kertas dengan nombor siri istimewa ini mempunyai nilai premium dalam pasaran pengumpul wang kertas

Sijil tersebut telah ditandatangani oleh Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

- Siakapkeli.com.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.