KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi menolak permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ketua Pengarah Penjara yang tidak membenarkannya menghadiri sidang Parlimen.
Ini berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen Anwar untuk dibebaskan daripada hukuman selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadi, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Hakim Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan tersebut dalam kamarnya yang dihadiri peguam Latheefa Koya yang mewakili Anwar dan Peguam Kanan Persekutuan Amarjit Singh yang mewakili KDN dan Ketua Pengarah Penjara, Datuk Zulkifli Omar.
KedahLanie.infor
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.