Followers

Saturday, April 4, 2015

UPDATE : Helikopter awam terhempas - Jamaludin Jarjis dikhuatiri terkorban

 
KEADAAN bangkai helikopter yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih, petang tadi. Tiga mayat sudah ditemui setakat ini. Difahamkan helikopter berkenaan membawa enam orang.


SEMENYIH: Dua dipercayai maut dalam insiden sebuah helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, di sini, petang tadi.

Kejadian dipercayai berlaku pada kira-kira jam 4.30 petang.

 
Dua mangsa yang dilaporkan berada dalam helikopter terbabit dipercayai rentung.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Sani Harul ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu petang tadi.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, maklumat terperinci berkenaan status milik helikopter itu masih belum dapat dipastikan.

- bharian
  .

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.