Followers

Saturday, April 4, 2015

Lagi pencalonan untuk Husam dan dilema Husam Adakah bila Husam terima pencalonan, Husam dianggap durhaka?

Adakah bila Husam terima pencalonan, Husam dianggap durhaka? Dan apa pula tanggapan dan rasa hati Kawasan yang mencalonkannya?

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Adakah bila Husam terima pencalonan, Husam dianggap durhaka? Dan apa pula tanggapan dan rasa hati Kawasan yang mencalonkannya?

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ


Dan apa pula tanggapan dan rasa hati Kawasan yang mencalonkannya?

Dalam demokrasi Husam sepatutnya mengambil kira hasrat PAS Kawasan terlebih dahulu Pas Segamat calon Husam sebagai Presiden

MOHAMAD NORZAHARUDDIN KASIMON


4 April 2015 SEGAMAT – Pas Kawasan Segamat sebulat suara mencalonkan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa sebagai calon Presiden semasa Mesyuarat Agung Kawasan Pas Segamat Kali Ke-32 di Hotel Golden Lake, di sini, hari ini.

Yang Dipertuanya, Firdaus Masod berkata, selain Husam, sebanyak tiga nama telah dicalonkan termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

“Datuk Husam mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 44 undi diikuti oleh Datuk Seri Abdul Hadi (36 undi) dan Datuk Dr Mujahid Yusof (satu undi).

Seramai 83 ahli Pas Kawasan Segamat telah mengundi dan terdapat dua undi rosak. “Kita melihat pencalonan ini dibuat dari peringkat akar umbi dan berharap Datuk Husam menerima dengan terbuka pencalonan ini kerana kami memang menyokong penuh beliau bertanding jawatan Presiden,” katanya.

Menurutnya, pencalonan ini juga dilihat sebagai isyarat kepada pemimpin di peringkat pusat bahawa ahli-ahli di peringkat akar umbi mahu melihat pembaharuan pada Pas dan percaya Husam boleh melakukannya.

Firdaus yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Tiga Johor berkata, Husam juga merupakan aset berguna kepada Pas kerana kebolehannya berkomunikasi dan merapatkan hubungan di antara parti-parti komponen pakatan yang lain.

“Saya yakin lebih daripada 40 kawasan Pas di seluruh negara akan menyokong Datuk Husam sebagai Presiden dan percaya setiap perwakilan juga sudah cukup matang untuk memilih siapa yang selayaknya menduduki kerusi Presiden,” katanya.

Sementara itu, Husam ketika sidang medianya berkata, sebagai pemimpin, dia berasa berbelah bahagi sekiranya tidak bertanding jawatan tersebut kerana dirinya merupakan hak bersama ahli-ahli Pas yang lain.

“Sekarang merupakan masa ahli-ahli membuat pencalonan dan tidak semestinya kita buat keputusan sekarang. Jadi, jika saya kata saya tidak mahu bertanding sekarang, perasaan ahli-ahli yang menyokong saya mungkin akan terguris.

“Saya sendiri berada di dalam dilemadan melihat pencalonan ini dibuat kerana mereka ada hak untuk berbuat demikian kerana ada di antara mereka (ahli –ahli Pas) mahu menyampaikan perasaan mereka agar dapat diberi perhatian,” katanya.

Pada mesyuarat tersebut juga, Pas Kawasan Segamat turut mengekalkan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden. Husam akui dilema tanding jawatan Presiden Pas SEGAMAT - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengakui dirinya kini dalam dilema dengan keputusan beberapa Pas kawasan yang mencalonkannya bagi jawatan Presiden Pas pada pemilihan parti itu akan datang.

Husam berkata, pada masa yang sama beliau perlu memikirkan perasaan dan hak anggota parti yang telah membuat pencalonan itu walaupun dirinya masih berbelah bahagi untuk memberikan kata putus.

"Memang saya dalam keadaan dilema. Saudara tidak perlu bertanya panjang-panjang (mengenai perkara itu). Ini masa ahli menyuarakan perasaan mereka.

Saya sebagai pemimpin tidak boleh bertindak atas diri saya sendiri," katanya kepada pemberita selepas Merasmikan Mesyuarat Agung Pas Kawasan Segamat di sini, hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Pas Kawasan Segamat, Firdaus Mashod. Pas kawasan itu hari ini mencalonkan Husam bagi jawatan Presiden Pas manakala Mohamad Sabu dicalonkan untuk terus kekal bagi jawatan Timbalan Presiden Pas. Tiga Naib Presiden pula, kawasan itu mencalonkan Dr Dzulkefly Ahmad, Ustaz Idris Ahmad dan Datuk Dr Mujahid Yusof.

Mengulas perkara itu, Husam yang merupakan bekas Exco kerajaan Kelantan berkata, buat masa ini biarlah ahli parti membuat keputusan masing-masing dan apabila tiba masanya kelak, beliau akan membuat keputusan muktamad mengenainya.

"Tidak semestinya saya membuat keputusan itu sekarang. Jika saya kata tidak bertanding saudara kena fikirkan perasaan ahli. Apa kata mereka. Ini masa untuk ahli suarakan hak mereka.

"Saya sendiri pun tidak pernah menghitung berapa jumlah pencalonan untuk saya sehingga kini. Saya sendiri tidak pernah mempunyai sebarang rencana politik," katanya.

Ditanya mengenai kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah semalam yang mendedahkan amanat terakhir bekas mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu ahli parti itu mewujudkan hubungan baik dengan Umno, Husam berkata: "Saya tidak periksa kenyataan beliau (Mohd Amar) betul atau tidak berkata begitu.

"Saya takut salah petik nanti tidak adil kepadanya. Kalau siasat dan betul kata begitu, baru saya akan komen," katanya. Mohd Amar dilaporkan berkata, bekas menteri besar Kelantan itu meminta beliau dan ahli parti tidak mengkritik Umno kerana pihaknya perlu berurusan dengan parti itu antaranya mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan. - Bernama

Posted by mountdweller.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.