Followers

Friday, April 17, 2015

Tun M anugerah Allah – Ibrahim Ali FMT Reporters

 
permata negara, ibrahim ali, tun mahathir

Kritikan yang dibuat Tun Dr Mahathir adalah ikhlas dan tidak mempunyai maksud tersirat.

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad adalah anugerah dari Allah kepada rakyat negara ini.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata, sumbangan yang dibuat bekas Perdana Menteri mengatasi kelemahan yang pernah dilakukannya.

Sebab itu jelasnya, semakin banyak orang hentam bertambah kuat sokongan yang beliau dapat.
“Sebenarnya Tuhan beri anugerah pada Malaysia. Kalau dulu Dr Wan Azizah kata Anwar anugerah Tuhan. Sebenarnya anugerah Allah kepada Malaysia ialah Dr Mahathir. Dia permata negara,” katanya kepada pemberita pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menyangkal dakwaan sesetangah pihak yang mendakwa bahawa Tun Mahathir tidak layak untuk bercakap soal negara apatah lagi mengkritik kemimpinan Datuk Seri Najib Razak.

“Tindakan Tun Mahathir mebuat buat kritikan kepada Najib berhubung 1MDB dan pembunuhan Altantuya adalah untuk meminta Najib membuat penjelasan itu sahaja.

“Kenapa pula penyokong bahawahan Najib kata Tun Mahathir mempunyai kepentingan dengan mengkritik Najib. Macam sekarang orang kata dia ada kepentingan. Dia ada kepentingan apa? Dia tak nak jadi Perdana Menteri lagi,” katanya.

Sehubungan itu, PERKASA mengulangi pendirian bahawa mereka menyokong pendirian Tun Mahathir yang menggesa Najib memberi pejelasan berhubung isu yang berbangkit.

“Kita sokong Tun Mahathir berdasarkan pada kebenaran bukan kerana kita rapat dengan beliau,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.