Followers

Wednesday, April 8, 2015

Tolak Najib, Kadir tuding jari pada Rosmah

Negara Hancur Rakyat Sengsara Kerana Rosmah Mansor

Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin hari ini menggariskan perbezaan antara bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan penyandang sekarang Datuk Seri Najib Razak, berkaitan kedudukan mereka di tampuk kuasa.

Kadir, yang rapat dengan seorang lagi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata berbanding Abdullah atau Pak Lah, Najib lebih sukar ditangani.

“Pak Lah tidak ada isteri yang bercita-cita besar,” tambahnya yang dilihat ditujukan kepada isteri Najib, Rosmah Mansor, yang sering berdepan tanggapan negatif orang ramai.

Kadir juga berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi pilihan semula jadi untuk menggantikan Najib jika beliau berundur.

“Isterinya disenangi dan hal anak-anaknya jarang dilihat atau didengar.

“Satu-satunya yang orang ramai tahu ialah Najwa Mahiaddin kerana dia seorang penyanyi dan penggubah lagu.

“Kelebihan lain apabila beliau datang daripada keluarga kuat agama daripada Muar,” katanya dalam tulisan di blog. -mk



Dr Mahathir ungkit kekayaan keluarga Najib

Dr Mahathir Mohamad hari ini meneruskan kritikan pedasnya pada isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), termasuk mengaitkannya dengan kekayaan keluarga perdana menteri.

Bekas perdana menteri mempersoalkan kekayaan keluarga Datuk Seri Najib Abdul Razak, termasuk anak tirinya Riza Aziz yang mampu membeli hartanah mewah dan membikin filem di Amerika Syarikat.

Bekas presiden Umno juga mempersoalkan sumber kekayaan tersebut, termasuk projek filem 'The Wolf of Wall Street' oleh Riza.

"Pada mulanya duit Riza dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak (Hussein). Kemudian dakwaan ini dinafi.

"Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ia hasil dari perniagaan?

"Jika ya, apa perniagaan, di mana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada kerajaan mana?

"Pelaburan ratusan juta untuk filem 'The Wolf of Wall Street' oleh Riza [...] datang dari mana? Filem ini tidak memberi keuntungan.

"Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta ringgit atau dolar Amerika," katanya di blognya hari ini.

"Semua perkara-perkara ini tidak akan terdapat dalam akaun 1MDB. Tetapi rakyat ingin tahu kerana melibatkan Jho Low.

"Dan Jho Low disebut-sebut berkenaan dengan pengurusan AS$700 juta daripada 1MDB."

1MDB, Jho Low dan PM nafi tuduhan

Bagaimanapun 1MDB dan Jho Low menafikan sebarang salah laku dalam urus niaga mereka.

Perdana menteri juga menafikannya dan bercadang menyaman akhbar PAS Harakah atas dakwaan, antaranya, anak tirinya mendapat dana 1MDB.

Sebelumnya, dalam artikel yang panjang dan bernada terus terang itu, Dr Mahathir berkata tuduhan-tuduhan terhadap syarikat itu - lembaga penasihatnya dipengerusikan oleh Najib - tidak sembarangan tetapi disertaikan juga "fakta yang jelas."

"1MDB bukan buat hutang biasa seperti kerajaan yang biasanya berjumlah hanya ratusan juta (ringgit) sahaja. 1MDB telah hutang berbilion ringgit.

"Walaupun 1MDB bukan kerajaan tetapi ia adalah badan yang ditubuh dan dimiliki oleh kerajaan sepenuhnya dengan modal sebanyak RM1 juta.

"Ada juga jaminan oleh kerajaan terhadap beberapa hutang 1MDB. Oleh itu kerajaan tidak boleh mendakwa bahawa ini masalah syarikat dan bukan masalah kerajaan.

"Kerajaan sudah melantik ketua audit negara untuk memeriksa akaun 1MDB. Tetapi ini tidak akan menjawab banyak soalan yang telah dikemukakan dan dibincang oleh rakyat," katanya.

"Dakwaan-dakwaan yang dibuat terhadap 1MDB bukan berbentuk tuduhan melulu. Ia disertai dengan fakta yang jelas iaitu jumlah hutang, siapa yang mengurus, siapa yang menerima wang berbilion ringgit, pelaburan yang dibuat, di mana wang ini disimpan, dalam bentuk apa.

"Nama Jho Low disebut berkali-kali. Demikian juga nama-nama syarikat miliknya. Tuduhan dibuat berkenaan dengan pembelian rumah mewah olehnya di London, New York dan Hollywood.

"Lepas itu rumah dijual kepada anak tiri perdana menteri dengan harga ratusan juta ringgit. Sudah tentu ini tidak disebut dalam akaun 1MDB yang akan diperiksa oleh ketua aduit negara (AG)."

ULASAN GB

Semenjak Najib menjadi PM, berbillion wang negara musnah akibat keborosan dan ketirisan. Dan rakyat yang sengsara menangung beban. Diperburukkan pula dengan kewujudan "pembodek-pembodek tegar" dalam UMNO mahu Najib terus berkuasa. Terburuk pula bila seluruh anggota kabinet sendiri patuh dan tunduk dengan nafsu dan kehendak malah diperbodohkan oleh Rosmah! Hebat Rosmah punya penangan.

Segala keborosan dan ketirisan yang berlaku selama ini oleh Najib sebenarnya adalah kerana penglibatan Rosmah sebagai decision-maker di dalam banyak perkara.

Menyebut nama-nama Jho Low, Deepak dan beberapa nama yang lain, ia semuanya berkisar kepada Rosmah juga.

Permata Negara yang mendapat peruntukan berjuta ringgit setiap tahun tidak tahu di bawah kementerian yang mana dan tidak pernah diaudit kewangannya.

Ratusan juta ringgit untuk pengubahsuaian jet peribadi juga untuk memenuhi kehendaknya.

Sehinggalah ekonomi negara sudah hampir ke peringkat muflis dan perlu diselamatkan oleh rakyat melalui GST.

Dah lama GB ulas. Petikan:

Belum ada isteri-isteri PM sebelum ini yang bertindak liar seperti yang dilakukan oleh isteri Mohd Najib, Rosmah Mansor namanya.

Najib nampaknya seperti tidak dapat mengekang dan mengawal tindakan Rosmah yang besar sangat nafsunya menjadi "diplomat" sekalipun bukan berhormat dan tidak pula bertauliah.

Rakyat BERHAK untuk mendesak Najib mengarahkan isterinya berhenti dari berkelakuan jelek yang menghabiskan wang rakyat.

Jika tidak Najib akan menanggung segala sumpah dan makian rakyat yang tak pernah mengundi Rosmah Mansor, isteri yang menjadi dakapannya saban malam.


Kelab Greenboc

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.