Followers

Wednesday, April 22, 2015

Tiada GST bagi keluaran, jualan balik dana unit amanah PNB

Zack Ahmad's photo.

Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini menjelaskan pengeluaran atau jualan balik semua unit amanah kendaliannya adalah dikecualikan serta tidak tertakluk kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ini sekaligus menjadikan pengeluaran dana unit amanahnya yang berharga tetap atau berubah harganya tidak dikenakan cukai enam peratus sebagaimana ditetapkan GST.

"Tiada GST akan dikenakan terhadap pengeluaran unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta kesemua unit dana amanah PNB yang dilakukan di mana-mana pejabat atau ejen Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) di seluruh negara.

"GST hanya dikenakan ke atas caj jualan bagi belian dana unit amanah harga berubah serta perkhidmatan yang dilanggani pelabur," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dalam satu kenyataan di Sibu.

Dana unit amanah PNB yang berharga tetap termasuk ASB, Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020), Amanah Saham Malaysia (ASM), Amanah Saham Didik (ASD), Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) and ASB2.

Unit amanah yang harganya berubah pula adalah Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Nasional 2 (ASN 2), Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN 3) and Amanah Saham Gemilang (ASG).

Mengulas lanjut, beliau berkata, pelaksanaan kadar enam peratus GST itu hanya dikenakan ke atas caj jualan lima peratus bagi pelabur yang membeli atau melabur dalam dana-dana unit amanah harga berubah sahaja iaitu ASN, ASN 2, ASN 3 dan ASG, sepertimana diamalkan industri.

Cukai itu turut dikenakan bagi perkhidmatan dilanggan pelabur seperti Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah, permohonan imej cek dan sebagainya.

Agihan pendapatan yang diterima pelabur, juga tidak dikenakan GST.

Sementara itu, dalam kenyataan awal, PNB turut mengumumkan diskaun perkhidmatan Hibah Amanah dan Perkhidmatan Amanah sebanyak RM100 (termasuk GST)daripada kadar biasa RM180 bagi tempoh sehingga 30 April ini bersempena penganjuran Minggu Saham Amanah Malaysia 2015 - 

See more at: http://www.themalaysianinsider.com/…/tiada-gst-bagi-keluara…
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.