Followers

Tuesday, April 7, 2015

Terkilan Jenazah Anggota UTK Tidak Diberi Penghormatan Sewajarnya

 

Jenazah Koperal Razkan Seran, mangsa helikopter terhempas, telah pun  selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai. 


Damit, Tuaran. Suasana hiba mengiringi perjalanan jenazah. Kelihatan rakan seperjuangan dari UTK termasuk yang sudah bersara tidak melepaskan peluang untuk memberikan penghormatan terakhir sejak jenazah berada di HKL lagi.

Akan tetapi, majlis yang diuruskan secara sederhana dan penuh penghormatan dari tetamu yang hadir telah menerima banyak komen negatif. Ini jelas amat berbeza apabila pengebumian mangsa pesawat MH17 dibuat. Penuh dengan tetamu kenamaan dan sangat teratur berbanding apabila jenazah anggota pengiring rapat dari UTK ini dikebumikan.

Mungkin telah sampai masanya pihak yang berkenaan sedar bahawa masih ramai perwira negara yang gugur sewaktu bertugas yang perlu diberi perhatian

- Airtime

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.