Nahas Helikopter Semenyih, Status Aidana Baizieva Tersebar. Setelah
lima mayat mangsa nahas helikopter Dauphin 9M-IGB yang terhempas di
Semenyih sudah dituntut keluarga masing-masing, termasuk mayat
juruterbang warga Amerika Syarikat yang keluarganya dijangka tiba esok,
identiti seorang lagi mangsa yang belum dikenal pasti menjadi teka-teki.
Ketika berita ini ditulis, difahamkan belum ada mana-mana pihak tampil
menuntut jenazah seorang wanita yang dikatakan pembantu juruterbang,
dikenali sebagai Aidana Baizieva berdasarkan senarai dikeluarkan Kementerian Pengangkutan.
Seorang jurucakap Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang tadi memaklumkan,
mayat mangsa terakhir nahas berkenaan belum dituntut kerana identitinya
belum dapat dipastikan.
“Kami sedang berusaha mendapatkan pihak berkuasa untuk mengesan dokumen
pengenalan mangsa,” kata jurucakap berkenaan yang enggan namanya
disiarkan.
Dalam pada itu Kapten Clifford William Fournier yang menerbangkan
helikopter berkenaan didapati aktif menggunakan laman sosial Facebook,
dengan posting terakhir beliau ialah kira-kira sejam sebelum maut dalam
nahas berkenaan.
Bagaimanapun carian nama Aidana Baizieva di laman sosial itu tidak membuahkan sebarang hasil.
Semalam media tersilap melaporkan seorang wanita dalam sekeping foto
bersama Kapten Fournier yang tersebar menjadi viral di laman media
sosial sebagai Aidana.
Bagaimanapun, wanita sebenar dalam gambar itu tampil menafikannya.
Nahas Helikopter Semenyih, Status Aidana Baizieva Tersebar.
Portal New Straits Times (NST) Online melaporkan, wanita dalam foto itu
sebenarnya adalah Dzuriasikim Dzulkefli, yang tampil membuat penafian
beliau adalah Aidana.
“Saya amat terkejut ada orang yang tidak bertanggungjawab telah
‘mengistiharkan’ saya mati hanya kerana gambar saya bersama juruterbang
Clifford William Fournier dalam helikopter,” kata Dzuriasikim seperti
yang dilaporkan NST Online.
Terdahulu, jenazah Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis
yang paling awal dituntut akan disemadikan di Makam Pahlawan di Masjid
Negara petang ini, manakala jenazah Ketua Setiausaha Sulit Perdana
Menteri, Datuk Azlin Alias dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Saujana
Impian, Batu 13 juga petang Ahad.
Jenazah anggota polis Koperal Razkan Seran, iaitu pengawal peribadi
Jamaluddin pula sudah diterbangkan ke Sabah untuk disemadikan di kampung
halamannya, Tuaran.
Sementara itu mayat mendiang ahli perniagaan, Ketua Eksekutif SP Baiduri
Sdn Bhd, Datuk Tan Huat Seng pula akan dibawa pulang ke Kedah selepas
menjalani upacara penghormatan terakhir dan pembakaran di Xiao En Si, Nilai Memorial Park.
Identiti mayat Kapten Fournier pula telah disahkan oleh wakil kedutaan
Amerika Syarikat di ibu negara, yang memaklumkan mayat juruterbang itu
akan dituntut keluarganya yang akan tiba di Malaysia esok.
Fournier yang berasal dari Minnesota, Amerika Syarikat telah berkerja di negara ini sejak 20 tahun lalu.
Persoalannya sekarang, siapa Aidana Baizieva?
Status Aidana Baizieva masih misteri?
HULU LANGAT 5 April – Status penumpang wanita dikenali Aidana Baizieva yang berada di dalam helikopter AS365N2 yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih, di sini semalam masih lagi menjadi misteri.
Ini berikutan identiti wanita tersebut yang didakwa sebagai pembantu juruterbang belum dapat disahkan oleh mana-mana pihak.
Menurut sumber, ketika ini terdapat satu mayat yang belum dapat dikenal pasti jantinanya namun dipercayai wanita misteri tersebut.
Difahamkan, nama Aidana Baizieva yang berasal dari Kyrgystan itu diperoleh daripada kenyataan Kementerian Pengangkutan yang memaklumkan wanita berkenaan adalah salah seorang daripada enam yang menaiki pesawat tersebut.
Hospital Kuala Lumpur turut mengklasifikasikan status mayat tersebut sebagai ‘tidak diketahui’.
Difahamkan, pihak berkuasa hanya akan mendedahkan maklumat wanita itu selepas identiti wanita tersebut disahkan.
Sumber
Rakan Tuntut Mayat Aidana
KUALA LUMPUR: Rakan kepada mangsa nahas helikopter di Semenyih hadir di
bilik mayat Hospital Kuala Lumpur pada Isnin untuk menuntut mayat Aidana
Baizieva.
Seorang lelaki dan perempuan itu dilapor hadir untuk melengkapkan beberapa borang untuk tujuan pelepasan mayat itu.
Mereka tiba di bilik mayat kira-kira pukul 10.45 pagi sebelum menguruskan proses menuntut mayat.
Wanita tersebut enggan bercakap dengan media yang dilarang daripada memasuki perkarangan bilik mayat.
Terdahulu, seorang jurucakap kedutaan mengesahkan Aidana merupakan warga
Kyrgyzstan dan pernah bekerja di Malaysia untuk seketika.
"Rekod menunjukkan beliau berada di Malaysia sekurang-kurang selama setahun," katanya.
Baizieva antara yang maut dalam nahas helikopter di Semenyih pada Sabtu lalu.
Nahas tersebut turut menggorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis.
Terdahulu, wanita tersebut dilaporkan sebagai pembantu juruterbang
helikopter yang terhempas itu tetapi kemudiannya disahkan sebagai
kakitangan Syarikat Penerbangan Cempaka.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.