Followers

Wednesday, April 15, 2015

Polis Pulau Pinang cari 'Milo'

 
 
Polis sedang mengesan seorang lelaki dikenali sebagai 'Milo' bagi membantu siasatan dalam tiga kes pecah rumah di sekitar Sungai Nibong dan George Town.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata Milo atau Mohamad Hamizy Rosly (850925-07-5321) beralamat terakhir di 38-0 Jalan Bukit Dumbar, Jelutong.

Kes berkenaan berlaku sejak beberapa bulan lepas membabitkan rumah yang tidak berpenghuni sebagai sasaran dengan kerugian dianggar mencecah RM100,000.

Polis juga sedang mengesan seorang lagi lelaki bernama Muhammad Fazli Hanafi, 23, bagi me bantu siasatan dalam kes menyamar polis dan menyamun berkumpulan warga asing di Teluk Kumbar pada 22 Mac lepas.

Lai berkata empat lelaki yang terbabit dalam kes itu sudah ditahan.

Alamat terakhir Muhammad Fazli ialah 2B-3-16 Mutiara Height Lintang Hajah Rehmah, Jelutong.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat Insp Shanjeevan di talian 016-5347869 dan Insp Frediana Zillah (016-2562298) atau mana-mana balai polis berdekatan.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.