Followers

Wednesday, April 15, 2015

Akmal: Pemuda Umno pun guna slogan 'Kita Lawan'

 
A user's photo.

Penggunaan slogan "Kita Lawan" begitu efektif sehingga ia digunakan oleh pemimpin Umno kata anggota sekretariat gerakan Kita Lawan, Akmal Nasir.

Bercakap dalam forum "Black 14 Reformasi ke ‪#‎KitaLawan‬", Akmal berkata, penggunaan hashtag Kita Lawan lahir selepas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara lima tahun berhubung kes Liwat II.

Bagaimanapun, katanya, slogan yang sering digunakan oleh gerakan itu ketika mengadakan demonstrasi kini digunakan oleh Pemuda Umno semasa mengadakan pertemuan bersama Presidennya Datuk Seri Najib Razak Isnin lalu.

"Khairy (Jamaluddin) pun guna "lawan tetap lawan". Nak kata (slogan) itu ekskelusif, tentu tidak. Nak lawan atau pertahan Najib, terpulang.

"Tapi kita akan kekalkan (matlamat) lawan untuk peralihan kuasa, melawan bebaskan Anwar dan undur Najib," kata Akmal yang juga pengarah strategi Angkatan Muda Keadilan (AMK) di forum anjuran Malaysiakini malam tadi.

Turut hadir menjadi panelis pada forum itu ialah aktivis Abdul Malek Husin, Peguam Lawyer For Liberty Michelle Yesudas dan Editor The Malaysian Insider (TMI) Amin Iskandar.

Selain itu, ketika ditanya siapakah pihak di belakang sekretariat Kita Lawan, Akmal berkata, perkara itu tidak timbul memandangkan ia merupakan sebuah gerakan anak muda.

Katanya, gerakan itu juga tidak hanya tertumpu terhadap isu membebaskan Anwar, tetapi turut melibatkan isu lain seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Justeru, pengarah strategi Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu meminta supaya semua anak muda turun pada perhimpunan 1 Mei depan bagi menyuarakan rasa ketidakpuashatian mereka terhadap pelaksanaan GST.

"Kita Lawan tak dipolopori oleh mana-mana pihak. Sebab itu (soalan) siapa sekretariat di belakang Kita Lawan, jika tanya saya, susah nak cakap kerana ia bergantung kepada suara anak muda.

"Kita Lawan bukan isu kezaliman terhadap Anwar sehaja tetapi pelbagai isu seperti isu GST. Sebab itu kita minta anak muda turut beramai-ramai 1 Mei nanti.

"Kalau turun ramai-ramai siapa berani nak tangkap secara berkumpulan," kata Akmal.

Sekretariat Kita Lawan akan mengadakan himpunan pada 1 Mei depan bagi menuntut kerajaan memansuhkan GST yang didakwa sebagai satu cukai yang zalim.

Perhimpunan di Kuala Lumpur itu mensasarkan seramai satu juta orang.


Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.