Rakyat semakin keliru bukan disebabkan oleh jawapan DS Najib kepada soalan Tun Mahathir yang mengelirukan, tetapi rakyat terbanyak semakin keliru dengan sikap yang ditunjukkan oleh penyokong DS Najib yang seolah-olah memberikan sokongan membabi buta kepada DS Najib. Seolah-olah mereka tidak tahu sebab-sebab mereka memberikan sokongan kepada DS Najib.
Ramai juga yang kelihatan semacama tidak ada asasnya mengapa mereka memberikan sokongan itu. Tentulah amat memalukan sekiranya mereka memberikan sokongan dengan tidak tahu ‘hujung pangkal’ temtang perkara yang disokong.
Rakyat terbanyak sedang memerhatikan ‘drama’ yang agak menarik ini memandanggkan isu yang ‘diketengahkan’ ialah mencari jawapan kepada persoalan.
Tentulah mengaibkan sekali sekiranya diperhalusi tentang isu yang sedang diperbincangkan dengan begitu hangat ini.
Rakyat yang waras fikirannya tentulah menyebelahi Tun M yang mahu diperjelaskan beberapa soalan. Dan ini tidak pula menunjukkan yang rakyat menentang DS Najib.
Rakyat menyambut baik kesediaan DS Najib mengeluarkan kenyataan menjawab beberapa soalan ketika ditemuramah oleh TV 3 tempoh hari.
Persoalannya DS tidak menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh Tun Mahathir dan sebenarnya rakyat terbanyak juga mengharapkan soalan itu dijawab dengan sempurna.
Sebagaimana kata Tun Mahathir bahawa ramai rakyat bertanya dia soalan-soalan berkenaan. Dia tidak dapat menjawabnya kerana beliau tidak tahu jawapannya.
Lantas beliau bertanya kepada orang yang boleh menjawab soalan berkenaan. DS Najib ada membrikan jawapan tetapi jawapan DS Najib tidak menjawab persoalan ‘siapa yang mengarahkan Sirul membunuh Altantuya….” atau ‘siapa dia Jho Lo?.
Dan beberapa soalan lain mengenai 1MDB. Jawapan yang diberikan oleh DS Najib semacam tidak meyakinkan rakyat. Kini muncul sokongan demi sokongan kepada DS Najib. Tentulah rakyat menjadi bingung juga.
Mengapa mereka (yang menyokong) memberikan sokongan kepada DS Najib. Atas dasar apa sokongan sedemikian diberikan kepadanya.
DS Najib tidak bersalah dalam hal ini. Cuma sehingga kini DS Najib belum memberikan jawapan yang memuaskan hati rakyat terbanyak khususnya kepada Tun Mahathir. Dan sepatutnya penyokong DS Najib mendesak supaya DS Najib menjawab soalan-soalan berkenaan.
Dan untuk menambah seri lagi kesuburan demokrasi di Malaysia, penyokong DS Najib harus menggalakkan DS Najib supaya bersedia untuk berdebat dengan Tun M berkaitan dengan beberpa isu yang ditimbulkan itu.
Lagipun rakyat Malaysia yang celik huruf dan celik IT sudah amat dahagakan satu suasana perdebatan seperti yang berlaku di negara-negara maju seperti di US atau di UK. Mereka sangat mengimipkan suasana politik yang sedemikian rupa.
Jikalau boleh diadakan bukan sahaja perdebatan antara pemimpin tertinggi parti tetapi seeloknya, calon-calon yang menghadapi PRU atau PRK juga digalakkan supaya berdebat antara satu sama lain supaya kebolehan dan kemampuan mereka dapat dinilai oleh para pengundi.
Tentulah juga tidak timbul isu remeh temeh yang boleh membawa kepada perselisihan yang serious sekiranya perdebatan di adakan.
DS Najib hendaknya jangan persiakan peluang keemasan ini untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia tentang kebenaran dan kewajaran beliau melaksanakan dasar-dasar yang dipersoalkan. Rakyat Malaysia akan memberikan pertimbangan wajar kepada DS Najib sekiranya DS Najib dapat memberikan penjelasan kepada persoalan yang sudah begitu lama memerlukan jawapan.
Diharapkan DS Najib tidak menghampakan harapan rakyat Malaysia. Bagi aku itulah cara yang sebaiknya untuk menyuburkan perkembangan proses demokrasi di negara ini.
Selagi tidak dijalankan perdebatan maka selagi itulah isu ‘kata-mengata’ ini tidak akan selesai. Berikan peluang kepada rakyat untuk menjadi hakim dan memberikan jalan penyelesaian kepada persoalan ini. Lagi pun rakyat sudah agak lama menantikan jawapan kepada persoalan ini.
Dan rakyat Malaysia yang berada dalam Kurun ke 21 pasti dapat menilai yang mana yang betul dan yang mana yang salah. Tentulah tidak manis dan elok sekiranya kemelut antara kedua-dua pemimpin ini berpanjangan sedangkan yang dikira ‘bertelagah’ adalah antara anak dan bapak.
Dan tentulah amat sukar dan serba salah para ahli UMNO untuk menyebelahi mana-mana pihak, sekiranya dianggap kemelut ini sebagai ‘pergaduhan’ Namun sekiranya diperhalusi dan berfikir secara waras maka tentulah tidak ada sebab mengapa ada pihak yang menyokong DS Najib dan ada pula yang menentang Tun M.
Sekiranya ditanya semula rasional mereka yang menyokong DS Najib maka tentulah tidak bertemu dengan jawapan konkrit selain daripada hasrat menyatakan sokongan kepada pemimpin ‘yang disayangi’.
Dan jikalau ditanya pula apakah alasan konkrit tentang mengapa mereka menentang Tun Mahathir maka tentulah tidak bertemu dengan jawapan disebabkan BUKAN permusuhan yang dicari oleh Tun M tetapi hanya jawapan kepada beberapa persoalan.
Ada juga kedapatan pemimpin yang mengatakan bahawa tidak semua soalan yang dikemukakan oleh Tun M atau rakyat tidak perlu dijawab kesemuanya. Apakah wajar pemimpin sebegini mengeluarkan kenyataan sedemikian?
Apakah mereka sudah lupa bahawa mereka adalah sebagai wakil rakyat dan sekiranya mahu ‘persetankan’ soalan yang ditimbulkan oleh rakyat maka eloklah pemimpin yang bersikap demikian meninggalkan saja jawatan yang disandangnya.
Penyokong-penyokong DS Najib harus merenungkan sejenak apakah betul dan tepat tindakan mereka memberikan sokongan (yang semacam membabi-buta) mereka kepada DS Najib. Aku amat setuju sekiranya penyokong DS Najib memujuk dan mendesak agar DS Najib mempelawa Tun Mahathir untuk berdebat dengan beberapa isu yang dibangkitkannya.
Dan aku yakin juga bahawa Tun Mahathir akan bersedia untuk hadir dalam perdebatan sekiranya diadakan demi kepentingan rakyat Malaysia yang tercinta. Semoga hasrat rakyat Malaysia ini terkabul. abuhassanadam
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.