Followers

Wednesday, April 15, 2015

Pemimpin kanan PAS Pusat tidak hadir pelancaran jentera PRK Permatang Pauh



Majlis pelancaran jentera PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh semalam diadakan tanpa penglibatan pemimpin tertinggi PAS Pusat.

Majlis itu dihadiri kesemua pemimpin tertinggi PKR dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, namun PAS hanya diwakili Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff; Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man.

Ketika berucap, Mujahid berkata bahawa timbalan presiden PAS merangkap Pesuruhjaya PAS negeri, Mohamad Sabu, tidak dapat hadir pada majlis tersebut
berikutan alasan yang tidak dapat dielakkan.


"Walaupun timbalan presiden kita tidak dapat hadir, PAS negeri akan memberi 101% sokongan kepada PKR dalam PRK Permatang Pauh. PAS komited dengan rakannya dalam pakatan pembangkang," katanya.

Antara pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang hadir ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

Jentera PKR memilih slogan "Demi Rakyat, Bantah GST Tegakkan Keadilan" bagi menghadapi kempen PRK Permatang Pauh.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Permatang Pauh diadakan pada 7 Mei ini, penamaan calon pada 25 April manakala pengundian awal pada 3 Mei.

PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan pada 16 Mac lepas, yang menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim sekaligus menyebabkan ketua pembangkang itu hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

– Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.