Followers

Wednesday, April 15, 2015

Besarkan Zakar, Lelaki Menyesal Seumur Hidup


Berlin: Seorang lelaki yang membesarkan zakar dengan kaedah suntikan silikon kini menyesal seumur hidup kerana dia tidak lagi mampu membuat hubungan seksual.

Keadaan itu berlaku selepas alat sulitnya itu menjadi terlalu besar sehingga gagal berfungsi seperti normal.

Lebih malang lagi, dia sering malu berada di tempat awam dan sukar bergerak kerana saiz alat sulitnya yang terlalu berat.

Micha Stunz, 45, berkata, dia membesarkan zakarnya dengan suntikan silikon beberapa tahun lalu kerana tidak berpuas hati dengan saiz alat sulitnya itu.


Prosedur itu menyebabkan alat sulit menjadi terlalu besar sehingga mencecah seberat 4.3 kilogram.

“Kini, saya tidak mampu menjalani kehidupan seksual seperti lelaki normal dan tiada wanita yang mahu mendekati saya,” katanya.

Menurutnya, dia juga sering berasa malu ketika berada di tempat awam kerana sering menjadi perhatian orang ramai.

Sementara itu, seorang doktor pakar Jerman, Dr Aref el Seweife memberi amaran prosedur membesarkan zakar dengan suntikan silikon sangat bahaya.

“Prosedur ini boleh menyebabkan saluran darah membesar dan boleh menyebabkan kemandulan,” katanya. - Agensi/Harian Metro/12/4/15

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.