Followers

Friday, April 24, 2015

Pembinaan rumah generasi kedua Felda bermasalah? Khairil Ashraf


isa-samad

Kerajaan telah meluluskan pembinaan rumah sebanyak 9,000 unit tetapi diberhentikan seketika pembinaannya bagi menyelesaikan masalah berkaitan penjualan.

KERATONG : Felda menafikan dakwaan pembangkang bahawa kerajaan gagal menyediakan rumah mampu milik kepada generasi kedua penerokanya.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Isa Samad berkata, dakwaan itu ditimbulkan dengan tujuan untuk mempengaruhi pengundi supaya menolak Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, 5 Mei ini.

Katanya, kerajaan telah meluluskan pembinaan rumah itu sebanyak 9,000 unit tetapi diberhentikan seketika pembinaannya bagi menyelesaikan masalah berkaitan penjualan.

“Kita sudah mula.. seperti yang saya cakap tadi, kita sudah luluskan 9,000 (unit) tapi kita hentikan seketika untuk selesaikan cara penjualan rumah.

“Akhirnya kita capai satu keputusan di mana rumah-rumah ini kita sewakan dahulu, jadi konsepnya sewa beli. Selepas lima tahun kalau mereka rasa nak beli, boleh beli,” katanya pada Majlis Pecah Tanah Felda Keratong 10.

Dalam pada itu, Isa yang juga Ahli Parlimen Jempol dalam sidang medianya selepas itu menjelaskan konsep tersebut dilaksanakan berikutan faktor ketiadaan penyata kewangan.

Katanya, golongan berkenaan tidak mempunyai penyata pendapatan yang lengkap untuk urusan pinjaman menyebabkan mereka tidak boleh membuat urusan pembelian rumah.

Walaubagaimanapun, tegasnya Felda menyasarkan untuk membina 20,000 unit rumah itu seperti yang diumumkan sebelum ini dan akan dimulakan pembinaannya tidak lama lagi.

“Kita buat konsep ini dulu sebab kita difahamkan bahawa ramai yang ada kemapuan membeli tetapi tidak ada slip gaji”, ujarnya.sebelum ini mendakwa BN gagal melunaskan janji berkaitan pembinaan rumah generasi kedua Felda.

FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.