Followers

Tuesday, April 28, 2015

Pelakon Maya Karin Bergelar JUTAWAN ??


Dia menggunakan pendapatan dalam bidang seni sebagai modal untuk membeli rumah dan melakukan pengubahsuaian sebelum menjualnya dengan harga lebih tinggi.

PETALING JAYA: Pelakon terkenal tempatan, Maya Karin dilaporkan telah bergelar jutawan selepas menceburkan diri dalam sektor hartanah di luar negara terutama di kota London.

Pelakon filem seram Pontianak Harum Sundal Malam dan Ombak Rindu itu telah melibatkan diri dalam bidang itu sejak 10 tahun lalu dengan menjadikan hasil pendapatan dalam bidang seni sebagai modal pelaburan.

“Saya menggunakan pendapatan yang diperoleh dalam bidang seni untuk dilaburkan dalam projek hartanah dan pengubahsuaian rumah sebelum dijual kepada pembeli dengan harga melebihi 40 hingga 50 peratus daripada modal asal.” katanya.




Maya berkata, beliau banyak mempelajari selok belok pelaburan daripada bapanya, Gottfried Roelcke yangmerupakan kakitangan Bank Dunia Indonesia.

Laporan portal berita Mirror baru-baru ini menyatakan harga rumah di beberapa bandar utama di United Kingdom telah meningkat dan menjadi pelaburan yang amat menguntungkan.

Pada Mac tahun ini, harga rumah di Glasgow dilaporkan meningkat 7.9%, Machester (6.8%), Leeds (6.6%), Bristol (9,7%) dan Cardif (6.7%).

Maya Karin pernah berkahwin dengan Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali, tetapi bercerai pada 2010 selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Artis jelita berusia 36 tahun itu pernah digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan beberapa artis lelaki tempatan termasuk Remy Ishak.

Maya juga pernah dikaitkan dengan Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Kedua-duanya bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menganggapnya sebagai gossip murahan.

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.