Followers

Saturday, April 11, 2015

Pak Lah bela Najib FMT Reporters

 
abdullah-badawi

 PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi tampil mempertahankan Datuk Seri Najib Tan Razak.

Beliau menegaskan Perdana Menteri tidak mempunyai sebarang kaitan langsung dengan pembunuhan model Monggolia, Altantuya Shaariibuu.

“Berdasarkan penemuan daripada siasatan menyeluruh yang dijalankan Polis Diraja Malaysia yang disampaikan kepada saya, disahkan yang Najib tidak ada kaitan sama sekali dengan kes itu,” katanya dalam kenyataan yang dipetik dari The Star

Menurut Abdullah, berdasarkan siasatan yang dilakukan, Polis tidak menjumpai sebarang maklumat mengaitkan Najib pada tahun 2006.

Kes pembunuhan itu, berlaku ketika Abdullah menjadi Perdana Menteri Malaysia manakala Najib menyandang jawatan nombor dua.

Kenyataan beliau dianggap mengejutkan kerana selepas berundur, bekas Ahli Parlimen Kepala Batas itu, mengambil pendekatan berkecuali dan berdiam diri dari arena politik tanah air.

Sebelum ini, Dr Mahathir membangkitkan isu berkenaan supaya siasatan dilakukan semula selepas mendakwa Sirul Azhar Umar, bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang dijatuhkan hukuman mati menjadi kambing hitam.

 FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.