Followers

Wednesday, April 1, 2015

Pagar Besi Diatas Kubur Arwah Tuan Guru Nik Aziz Dipasang Tanpa Pengetahuan Keluarga - Nik Abduh Kita Bantai

 

KOTA BHARU: Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh telah tampil menjawab mengenai sekeping gambar terbaru kubur arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tersiar dilaman sosial telah dipagar dengan pagar besi tertutup.

Nik Abduh yang juga merupakan anak TGNA telah memberitahu pagar besi tertutup itu dibina tanpa pengetahuan keluarganya.

"Binaan tersebut mungkin dibina oleh penduduk kampung dan anak murid Arwah bapa saya tetapi ia dibina tanpa pengetahuan ahli keluarga kami."

“Tujuannya baik, iaitu untuk mengelak beberapa perbuatan bidaah yang bertentangan ajaran Islam yang suci oleh beberapa individu 'jahil dan rosak hati' yang datang dari luar seperti mengambil tanah untuk tujuan 'berkat' yang hakikatnya adalah 'sesat'," katanya.


Justeru, beliau menyatakan pihak keluarganya tidak bersetuju dengan pembinaan pagar tersebut dan bersepakat ia hanya diletakkan dengan status sementara atas tujuan maslahat.

“Walau bagaimanapun, pihak keluarga tidak setuju dengan binaan tersebut dan kami sepakat bahawa ia diletakkan dengan status 'sementara' atas maslahat di atas.

“Pagar tersebut akan dipindahkan dalam tempoh terdekat insya Allah,” tulis Nik Abduh di laman sosial Facebooknya, semalam.

Tegasnya Nik Abduh kubur al Marhum ayahandanya itu rahimahullah akan kekal dengan sunnah nabawiyah. Tanpa binaan selain batu nisan. - sumber

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.