Mahathir Makin Galak Serang Najib. Tun Dr Mahathir Mohamad
meneruskan serangannya terhadap Datuk Seri Najib Razak hari ini,
mengatakan beliau pasti menuntut Najib melepaskan jawatan perdana
menteri sebelum pilihan raya umum ke-13, jika benar beliau berang dengan
tindakan Najib tidak membina jambatan bengkok menghubungkan Singapura
dan Johor.
Katanya, itu bukan sebab sebenar beliau menzahirkan kritikan, bahkan
katanya, orang ramai kini semakin rancak bertanya soalan tentang
perjalanan negara yang beliau sendiri tidak mampu menjawabnya.
"Rakyat tidak tanya (kepada PM). Tetapi ramai tanya saya. Saya tak dapat
jawab. Saya tanya orang yang boleh jawab," kata mantan perdana menteri
itu merujuk kepada soalan berhubung pengurusan dana 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) dan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.
Menurut Dr Mahahthir, jika benar marah dengan pembatalan jambatan
bengkok itu, beliau pastinya tidak berkempen menyokong Najib dalam
Pilihan Raya Umun ke 13 (PRU13) lalu.
"Sebaliknya saya berkempen untuk kemenangan Najib. Kepimpinan Najib di Selangor tidak berkesan.
"Teringat saya kepada ribuan orang yang dibawa berhimpun dan disuruh
angkat sepanduk “I love PM” dan menyanyi “IM4U”. Tetapi dalam PRU 13
kalah," katanya.
Dalam satu wawancara TV pada hari Khamis lalu, Najib berkata beliau
percaya kritikan berterusan Dr Mahathir terhadapnya berpunca daripada
pelaksanaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan keengganannya meneruskan
projek jambatan bengkok itu.
Menurut Najib, Dr Mahathir menggesa beliau agar menghapuskan BR1M dan
menghidupkan semula "jambatan bengkok" yang menghubungkan Singapura dan
Johor.
Mahathir Makin Galak Serang Najib
Mahathir Makin Galak Serang Najib
Dalam tulisan sama bertajuk "Soal tak jawab itu" di blog popularnya www.chedet.cc itu, Dr Mahathir mengatakan beliau kini mungkin keseorangan dalam usaha mendapatkan jawapan daripada Najib.
Namun demikian, Najib perlu berwaspada kerana mereka yang masih menyokongnya tidak bermakna turut menyokong 1MDB.
"Mereka takut. Ada yang tanya saya berkenaan dengan 1MDB dan minta saya buat sesuatu.
"Sekarang ada ugutan terhadap sesiapa yang tidak menyatakan sokongan
kepada Najib," kata Dr Mahathir, dipercayai merujuk kepada tekanan
terhadap anaknya, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang
dilihat tersepit apabila didesak pelbagai pihak untuk menyatakan
sokongan secara jelas kepada Najib.
Dr Mahathir mutakhir ini semakin merancakkan asakan kepada Najib apabila
secara terbuka membidas pentadbirannya terutama cara perdana menteri
itu menangani persoalan yang berlegar di sekitar pengurusan 1MDB dan
kematian warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu.
Dr Mahathir sebelum ini berkata salah seorang pembunuh Altantuya, Sirul
Azhar Umar pernah mengiringnya tetapi beliau tidak pernah mengarahkannya
membunuh sesiapa sekali pun.
Ia merujuk kepada kenyataan Sirul yang mengaku bertindak membunuh wanita itu "atas arahan pihak atasan".
Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu pernah mengiringi Najib dan kematian Altantuya berlaku sewaktu presiden Umno itu menjawat jawatan menteri pertahanan.
Terkini, Dr Mahathir dalam satu video mendakwa, Umno kini dipenuhi
dengan pemimpin yang mencari makan secara atas angin dan hanya setia
hanya kerana wang.
"The Umno now is about money (Umno sekarang tentang duit). Ketua-ketua Umno setia sebab mereka dapat sesuatu, dapat kontrak.
"Yang dapat jawatan-jawatan tu semua dapat duit,” kata Dr Mahathir dalam video itu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.