Ketika Datuk Seri Najib Razak berdiam diri, Tun Dr Mahathir Mohamad giat menekan agar perdana menteri itu menjawab persoalan yang dibangkitkannya.
Selepas Najib muncul di TV untuk menjawab isu tersebut, Mahathir menekan lagi: Apa perlu PM menjelaskan perkara itu?
Beliau berkata demikian untuk menggambarkan bahawa Najib kini semakin kehilangan sokongan.
“Kenapa perlu ada rancangan TV untuk jelaskan pada rakyat? Jika rakyat sokong saya, kenapa perlu jelaskan pada mereka?
“Tak payahlah peduli saya seorang. Tapi nampak tidak konsisten, benda yang dijawab kadang-kadang menafikan kenyataan dulu,” katanya.
Mahathir juga cuba menunjukkan bahawa Najib tidak tetap pendirian dalam isu yang dibangkitkannya – berhubung dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
“Dulu dengar cakap simpan duit di Cayman (Islands), sekarang cakap tidak simpan duit di Cayman, hanya berdaftar di situ.
“Lepas itu simpan duit di mana? Bawa balik duit dari Cayman macam mana kalau tidak simpan duit di Cayman?
“(Ini) tidak dijelaskan. Bukan sedikit tahu? Berbilion-bilion,” kata Mahathir lagi dalam satu rakaman video yang disiarkan laman Perak Today.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.