Followers

Wednesday, April 22, 2015

Kempen “istimewa” BN di Permatang Pauh - FMT Reporters

 
Mukhriz-Mahathir_kedah_600_1
Datuk Mukhriz Tun Mahathir mengesyorkan UMNO dan BN menggunakan kempen berbeza di Permatang Pauh memandangkan ia menjadi “underdog” di kawasan parlimen berkenaan.


ALOR SETAR: UMNO dan Barisan Nasional (BN) dinasihat menggunakan pendekatan berbeza pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, 7 Mei berbanding kempen di PRK Rompin.

Cadangan itu dilontar Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir kerana mengambil kira kedudukan BN yang menjadi “underdog” di kawasan parlimen berkenaan.

Ia antara lain menyedarkan pengundi di kawasan berkenaan supaya menilai sendiri kerjasama antara pembangkang dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Reaksi PAS pada PRK Permatang Pauh juga menarik untuk dilihat terutama sekali selepas rakan-rakan ‘Tahaluf Siyasinya (kerjasama politik)’, PKR dan DAP, menolak bulat-bulat cadangannya untuk melaksanakan hukum Hudud di Kelantan,” katanya.

“Saya hendak tengok keikhlasan PAS. Apabila Hudud yang diperjuangkannya ditolak oleh rakan-rakan pembangkang, adakah mereka terus membekalkan tukang-tukang kempen,” kata Mukhriz yang dipetik dari Bernama.

Malah, pengundi di Parlimen Permatang Pauh diingatkan supaya menolak isu yang tidak membawa sebarang kepentingan.Beliau berharap pengundi menyedari bahawa kebajikan mereka telah diabaikan oleh anggota Parlimennya selama ini.

“Saya berharap rakyat di Parlimen Permatang Pauh akan dapat melihat tanggungjawab sebagai Anggota Parlimen adalah mendahulukan rakyat di kawasannya… itu adalah kewajipan mereka,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.