Khalid Cabar Sirul Dedah Siapa Bunuh Altantaya
Ketua Polis Negara (IGP) Khalid Abu Bakar hari ini menafikan dakwaan
Sirul Azhar Umar bahawa beliau berbohong mengenai siasatan kes
pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Sebaliknya, Khalid menganggap Sirul seorang yang terdesak dan mencabar
SIrul yang mendakwa dia diarahkan untuk membunuh Altantuya, mendedahkan
semuanya.
Khalid berkata, Sirul bertindak demikian bagi menyelamatkan nyawanya dan
untuk tidak dibawa pulang ke Malaysia di mana dia akan menghadapi
hukuman mati.
Dalam satu kenyataan malam ini, Khalid berkata Sirul telah cuba untuk
mencemar dan menimbulkan keraguan terhadap siasatan kes pembunuhan itu,
sistem keadilan jenayah, serta penglibatannya sendiri dalam pembunuhan
itu.
Katanya, daripada apa yang telah dikumpulkan, Sirul tidak menawarkan
petunjuk baru yang boleh melepaskannya daripada jenayah tersebut.
Oleh itu, kata Khalid, pihaknya mengalu-alukan cabaran Sirul untuk membuat pendedahan sekiranya dia ada apa-apa mengenainya.
Sirul, dalam panggilan telefon dari Sydney dengan Malaysiakini awal pagi
ini, menuduh Khalid berbohong selepas ketua polis itu berkata pegawai
telah dihantar ke Australia untuk menemubualnya tetapi tiada petunjuk
baru ditemui.
Sirul kini berada di sebuah pusat tahanan imigresen di Australia.
Sirul memberitahu Malaysiakinibahawa tidak ada pegawai polis Malaysia
yang pernah menemuinya sejak dia melarikan diri dari negara ini.
- mkini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.