Followers

Sunday, April 5, 2015

Bapa Anwar Ibrahim meninggal ... AL FATIHAH Posted by The Unspinners

 
Innalillahiwainnalillahirojiun..

Ayahanda DSAI, Dato Ibrahim Bin Abd Rahman kembali ke Rahmatullah sebentar tadi di Hospital Serdang kira-kira jam 1.45 pagi tadi.

Jenazah Akan Dibawa ke Lot 459 Pinggir Pelangi Pagi Ini di Country Height, Kajang.

Jangkaan Akan Dikebumikan Di Tanah Perkuburan Sg. Ramal, Kajang - Selepas Dzohor nanti.
Ayah kepada Anwar Ibrahim meninggal dunia

Published: 5 April 2015 7:24 AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menjalani hukuman penjara 5 tahun beliau sementara ayah beliau meninggal dunia pada 1.45 pagi tadi.

Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menjalani hukuman penjara 5 tahun beliau sementara ayah beliau meninggal dunia pada 1.45 pagi tadi.

Ayah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Ibrahim Abd Rahman meninggal dunia pada pukul 1.45 pagi tadi.

Menurut makluman di akaun Facebook isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, jenazah Ibrahim dibawa pulang ke rumahnya di Kajang.

“Kali pertama Anwar dipenjara, beliau diuji dengan pemergian ibunda beliau dan juga pemergian Ustaz Fadhil Noor,” tulis makluman di Facebook Dr Wan Azizah merujuk kepada Anwar dan bekas presiden PAS Datuk Fadhil Noor.

“Kali ni diuji pula dengan pemergian Nik Aziz dan kini, ayahanda beliau," tulis makluman itu merujuk kepada pemergian bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Jenazah Ibrahim dijangkakan akan dikebumikan selepas waktu Zohor hari ini di Tanah Perkuburan Sungai Ramal, Kajang.

“Kak Wan terpaksa batalkan semua program di Pulau Pinang hari ini, bergegas pulang ke Kajang,” tulis makluman di Facebook Dr Wan Azizah yang juga merupakan presiden PKR. – 5 April, 2015.



- See more at: http://www.themalaysianinsider.com
Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.