Followers

Sunday, April 19, 2015

Hadi pertahan tindakan bawa Hudud ke Parlimen Adam Abu Bakar

 
abdul hadi awang

Tindakan beliau sebagai Presiden membawa membawa usul berkenaan tanpa persetujuan barisan kepemimpinan di dalam parti bukan satu kesalahan.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan tindakannya membawa usul persendirian mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Pindaan 2015) ke Parlimen.

Katanya, tidak menjadi kesalahan sekiranya beliau selaku Presiden membawa usul berkenaan tanpa persetujuan barisan kepemimpinan di dalam parti.

Bahkan, katanya, parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak seharusnya menjadikan perkara itu sebagai isu yang menyebabkan hubungan PAS dan DAP retak.

Beliau berkata, tindakannya yang menyerahkan notis agar Rang Undang-Undang Persendirian dibentangkan di Dewan Rakyat pada 18 Mac lalu juga merupakan suatu amalan biasa.

“Isu kuasa Mahkamah Syariah dan urusan yang berkaitan dengan agama Islam terutamanya di Kelantan adalah di bahawa bidang kuasa kerajaan negeri Kelantan,” ujarnya sewaktu ditemui pemberita di Kongress Profesional Muslim Se-Malaysia pada Sabtu.

Abdul Hadi berkata, perbincangan di antara kerajaan Kelantan dan kerajaan Pusat juga tidak harus dijadikan isu oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

“Sewaktu kerajaan Pulau Pinang hendak membina jambatan kedua, mereka juga ada berunding dengan Kerajaan Pusat,” katanya.

Usul berkenaan tidak berjaya dibentangkan di Parlimen yang berakhir 9 April lalu kerana kesuntukkan masa.

Sehubungan itu, Kerajaan Kelantan perlu menghantar semula notis untuk membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan rang undang-undang berkaitan hudud itu dibahaskan pada persidangan akan datang,

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.