Followers

Sunday, April 19, 2015

Hadi beri jaminan kempen pemilihan Pas bersih FMT Reporters


hadi pilihanraya

Abdul Hadi yakin pihak yang menggunakan taktik kotor dalam pemilihan Pas akan tersingkir


KUALA LUMPUR: Pas memberi jaminan bahawa proses pemilihan parti itu Jun depan tidak akan dicemari kempen kotor.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga memberi amaran kepada pihak-pihak yang berniat jahat dan menggunakan taktik itu tidak akan terpilih

“Siapa yang buat kotor, mereka tidak akan dipilih,” katanya sewaktu ditemui pemberita di di Kongress Profesional Muslim Se-Malaysia.

Kenyataan Abdul Hadi itu sekaligus menafikan dakwaan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas Asmuni Awi yang mendakwa kempen kali ini dicemari anasir kotor termasuk penerbitan buku yang melebelkan kelompok tertentu sebagai parasit dalam parti.

Abdul Hadi juga menyambut baik persaingan yang bakal diberikan golongan professional dalam parti itu dan menganggapnya ia akan membawa kebaikan kepada parti.

“Memang kita nak lebih baik. (Kepimpinan) yang sedia ada sudah baik, jadi yang baru kena lebih baik lagi,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.