Followers

Sunday, April 19, 2015

Gugurkan dakwaan menghasut jika tidak salah kritik kerajaan, kata Ambiga - OLEH LOOI SUE-CHERN

Bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, ramai yang ketika ini berdepan tuduhan menghasut kerana kesalahan mengkritik kerajaan, termasuk badan kehakiman, berhubung keputusan yang dijatuhkan.

Bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, ramai yang ketika ini berdepan tuduhan menghasut kerana kesalahan mengkritik kerajaan, termasuk badan kehakiman, berhubung keputusan yang dijatuhkan.

Dengan pindaan kepada Akta Hasutan 1948 yang membuatkan kini mengkritik kerajaan bukan lagi satu kesalahan, aktivis Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, kes mahkamah yang masih menunggu pertuduhan kerana tindakan mengkritik pentadbiran harus digugurkan.

Bekas presiden Majlis Peguam itu berkata, ramai yang ketika ini berdepan tuduhan menghasut kerana kesalahan mengkritik kerajaan, termasuk badan kehakiman, berhubung keputusan yang dijatuhkan.

Jadi, bagi menunjukkan keikhlasannya, Putrajaya harus menggugurkan dakwaan ke atas mereka yang terbabit, katanya pada 'Forum Karpal Singh 2015' di George Town, Pulau Pinang, pagi ini.

Antara yang menghadapi tuduhan menghasut ialah kartunis politik terkenal Zulkiflee Anwar Ulhaque, lebih dikenali sebagai Zunar, yang berdepan 9 pertuduhan, dipercayai yang paling banyak dikenakan mengikut akta itu, berhubung tweetnya mengenai sabitan liwat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ambiga bagaimanapun ragu yang tindakan membatalkan peruntukan dalam akta itu akan betul-betul membenarkan orang ramai mengkritik kerajaan.

"Anda rasa anda betul-betul boleh kritik kerajaan? Iklim ketakutan itu ada. Kalau betul boleh, mengapa perdana menteri menyaman mereka yang mengkritik kerajaan?" soalnya pada forum anjuran Jawatankuasa Peguam Pulau Pinang itu.

Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor memulakan tindakan undang-undang terhadap pengkritik, termasuk ahli Parlimen pembangkang Rafizi Ramli dari PKR dan Tony Pua dari DAP.

Mereka dituduh memfitnah melalui kenyataan berhubung langkah kerajaan menghapuskan subsidi bahan api dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib juga menyaman lidah rasmi PAS, Harakahdaily, kerana mengaitkan syarikat penerbitan filem anak tirinya Reza Aziz di Amerika Syarikat, dengan skandal 1MDB.

Ambiga berkata, terdapat banyak cara untuk menutup mulut orang, termasuk melalui undang-undang lain seperti Kanun Keseksaan yang menyatakan menjadi satu kesalahan menyerang demokrasi berparlimen.

Beliau berkata demikian menjawab soalan dari anak Karpal, Sangeet Kaur, berhubung pemansuhan peruntukan yang menganggap satu hasutan tindakan mengkritik kerajaan dan badan kehakiman.

Seorang lagi ahli panel forum, Presiden Majlis Peguam, Steven Thiru, bertanya bagaimana mengkritik kerajaan secara konstruktif boleh dianggap jenayah apabila kerajaan itu ditanggung oleh pembayar cukai.

Katanya, pemansuhan peruntukan itu bukan perkara besar kerana undang-undang itu memang sepatutnya tidak ada sedari awal.

Beliau berkata, dengan pindaan terkini yang dibuat atas Akta Hasutan, ia mewujudkan suasana ketakutan, sehingga ada peguam berkata: 'Saya harap apa yang saya katakan ini tidak menghasut'."

Katanya, Seksyen 298 Kanun Keseksaan mempunyai klausa yang sama, yang menjadikan suatu kesalahan dengan sengaja melukakan perasaan keagamaan orang lain, dan menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan, kebencian dan buruk sangka atas nama agama.

Satu-satunya perbezaan antara fasal di dalam Kanun Keseksaan dan yang di dalam Akta Hasutan ialah keperluan membuktikan niat yang terdapat dalam kanun itu, katanya.

Beliau juga berkata, walaupun undang-undang itu diperkenalkan British untuk menentang pemberontakan komunis antara 1948 dan 1957, tahun Malaya mencapai kemerdekaan, Akta Hasutan itu tidak digunakan walau sekali pun oleh British.

Thiru juga berhujah, penyelesaiannya bukan dengan mengekalkan Akta Hasutan atau memindanya apabila orang lain tidak lagi mengambil berat mengenainya, dan mengekalkan keharmonian dalam masyarakat yang bercampur dengan mewujudkan undang-undang menangani kelakuan pelampau dan ucapan kebencian.

Forum itu dianjurkan sebagai mengenang veteran pembangkang Karpal Singh, yang merupakan seorang peguam terkenal di Pulau Pinang, yang terbunuh dalam satu kemalangan di Perak pada 17 April tahun lepas. – 18 April, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.