Followers

Wednesday, April 29, 2015

GST: Peniaga dalam proses turun harga barang - FMT Reporters

 
elak beli gst
Hasil penguatkuasaan kementerian dan kastam, peniaga semakin positif dan kebanyakkan dalam proses menurunkan harga barang kerana takut didenda.

 PETALING JAYA: Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong menasihatkan rakyat supaya bijak memilih pasar raya dan lokasi beli belah untuk mengelak terbeban dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, pengguna perlu memilih untuk berbelanja di kedai-kedai yang pemiliknya mengamalkan etika perniagaan yang baik.

Beliau berkata, peniaga memberikan reaksi positif dan kebanyakkan mereka dalam proses menurunkan harga barang kerana takut didenda.

“Ketika ini penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) dan Kastam sedang melaksanakan tugas mereka.

“Kita lihat kesannya semakin positif dikalangan peniaga, mereka takut didenda dan kebanyakkannya sedang dalam proses menurunkan harga, bagi kita itu perkembangan positif,” katanya seperti dilaporkan bnbbc.com.

Ka Siong ditemui ketika membantu calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin berkempen di Permatang Pauh pada Selasa.

Beliau berkata, penduduk di Permatang Pauh semakin menerima baik GST selepas mendapat banyak penerangan oleh kerajaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.