Kos sara hidup yang tinggi dan pengenalan GST
menyebabkan golongan muda bekerja semakin terbeban dan tidak mampu
menjaga ibu bapa.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri berkata, bantuan itu untuk membantu warga emas yang tinggal berasingan atau bersama keluarga untuk mendapat penjagaan kesihatan yang lebih baik.
Katanya, bantuan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Bantuan Orang Tua (BOT) RM300 sebulan tidak mencukupi apatah lagi ia diberikan untuk tempoh setahun sahaja.
Jumlah ini hanya tempoh terhad dan tidak mencukupi untuk warga emas membiayai kehidupan mereka. Tambahan pula hanya kurang 5% sahaja daripada keseluruhan warga emas di negara kita menerima sumbangan melalui skim BOT ini yang perlu didapati dengan cara memohon,” katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.
Tahun lalu, sebanyak RM347.75 juta telah disalurkan kepada 131,571 penerima di seluruh negara.
Mohd Khairuddin berkata, kadar pengangguran yang tinggi juga menyebabkan kesedaran golongan muda untuk menjaga ibu bapa semakin kurang.
Katanya, golongan bekerja semakin terbeban dengan kos hidup yang semakin tinggi ditambah pula dengan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) oleh kerajaan.
Kadar pengangguran di negara ini adalah 2.7 peratus pada November 2014 manakala setakat Januari 2015 kadarnya telah meningkat kepada 3.3%.
“Tidak hairanlah jika terdapat tidak kurang 6,000 orang warga emas menjadi penghuni di 11 pusat jagaan JKM serta 165 pusat yang dikendalikan oleh NGO dan swasta di seluruh negara. Lebih mendukacitakan lagi, sebahagian daripadanya tidak diziarahi langsung oleh anak-anak atau saudara-mara mereka,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.