Followers

Thursday, April 23, 2015

Bukan menghasut kalau minta kerajaan tukar pemimpin, kata Dr Mahathir OLEH MD IZWAN

 

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hadir di program 'Malaysia Social Media Week' di Kuala Lumpur hari ini.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hadir di program 'Malaysia Social Media Week' di Kuala Lumpur hari ini.

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata tindakan Putrajaya menggunakan Akta Hasutan 1948 untuk mengekalkan kuasa ialah langkah yang tidak betul, selepas beberapa pindaan ke atas akta itu dilihat menekan dan menutup mulut pengkritiknya.

Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata, undang-undang tersebut yang digubal semasa zaman penjajah tidak sewajarnya digunakan ke atas mereka yang mengkritik kerajaan termasuk mereka yang meminta kerajaan ditukar.

"Jika anda (kerajaan) menggunakan undang-undang tersebut untuk kekal berkuasa contohnya, saya rasa ia tidak baik," kata Dr Mahathir pada sesi soal jawab dalam program 'Malaysia Social Media Week' di Kuala Lumpur hari ini.

"Tetapi malangnya, Akta Hasutan digunakan untuk tujuan yang salah. Akta itu digunakan untuk menghalang rakyat daripada menyebarkan kebencian, seperti perang saudara dan untuk menjatuhkan kerajaan.

"Tapi jika kamu kata kerajaan tidak memerintah dengan baik, dan kita patut tukar pemimpin, itu bukan menghasut," katanya. – 23 April, 2015.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.