Followers

Saturday, April 4, 2015

Beli kambing hitam di Australia?


Benarkah ada orang yang pergi ke Australia untuk membeli seekor kambing hitam?

Persoalan ini sangat menarik apabila KPN sendiri membuat pendedahan bahawa polis Malaysia telah pergi menemui salah seorang pembunuh upahan, Altantuya Shaariibuu, yang lari ke Australia, Sirul Azhar Omar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberikan reaksinya terhadap pertanyaan bekas PM Dr Mahathir:

"Siapa yang memberi arahan supaya Altantuya Shaariibuu dibunuh?"

Menulis dalam blognya, antara lain, Dr Mahathir telah 'menasihatkan' PM Najib daripada berkata Sirul “merepet”.

KPN dilihat dalam reaksinya seolah-olah mahu memulangkan paku buah keras kepada Dr Mahathir. KPN menafikan kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa tiada siasatan lanjut dibuat ke atas bekas komando polis itu berhubung pembunuhan model Mongolia, Altantuya. Siasatan menyeluruh sudah dijalankan ke atas semua isu-isu yang dibangkitkan oleh Sirul, kata KPN.

"Mungkin Tun Dr Mahathir tidak tahu tentang tindakan yang telah kita ambil, dan siasatan yang telah kita dilakukan. "Kami (polis) telah bertemu Sirul di Australia. Hasil pertemuan itu, kita dapati bahawa tidak ada isu-isu yang perlu disiasat lagi," katanya pada sidang akhbar pada hari Jumaat.

Baca lagi disini Apakah dengan jawapan tersebut, Kes Altantuya yang menyebabkan ramai kalangan rakyat melihatnya sebagai satu penghinaan terhadap sistem kehakiman di Malaysia sudah terhakis?

Apakah Dr Mahathir akan berpuas hati dengan penjelasan KPN itu dan tutup mulut?

Episod seteruskan tentu akan lebih menarik lagi kerana tidak semudah itu KPN nak memperbodohkan seorang manusia saperti Dr Mahathir. Apa yang menariknya tentang penjelasan KPN ialah "polis telah bertemu Sirul di Australia." Apa sebenarnya yang telah berlaku di sebalik pertemuan tersebut?

Dr Mahthir dan seluruh rakyat Malaysia ingin tahu dan mahu kepastian dari KPN bahawa tidak ada urusan beli tawar menawar yang telah berlaku diantara kerajaan Malaysia dan Sirul.Apakah jaminannya bahawa urusan tawar menawar tersebut tidak berlaku?

Dr Mahathir dalam blognya mempersoalkan peranan bekas pengawal peribadi Perdana Menteri Sirul Azhar Umar dalam pembunuhan wanita Mongolia itu dengan berkata:

Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Dato Sri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan.

Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul “merepet”, tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia.

Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.


al-Husseyn.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.