Pelan penstrukturan industri air di Selangor menjadi isu sejak pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kini berlanjutan dengan kritikan beliau terhadap Mohamed Azmin Ali, yang dikatakannya lemah.
Pelan penstrukturan industri air di Selangor menjadi isu sejak pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kini berlanjutan dengan kritikan beliau terhadap Mohamed Azmin Ali, yang dikatakannya lemah.
Bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus dikritik hebat oleh penggantinya, Mohamed Azmin Ali kerana menyediakan pelan penstrukturan industri air yang digambarkannya sebagai lemah sehingga menimbulkan pertikaian dengan Putrajaya walaupun perjanjian itu sudah ditandatangani.
Menteri besar Selangor itu berkata, pertikaian 2 aset loji rawatan air di Bukit Nanas, Kuala Lumpur, dan loji Semenyih di Putrajaya berbangkit kerana kerajaan pentadbiran Khalid dan Putrajaya tidak menyemak status hak milik aset itu secara teliti.
Azmin berkata, Khalid sepatutnya mengetahui senarai aset negeri yang terlibat sebelum bersetuju untuk menyerahkannya kepada Putrajaya tanpa memberi ruang kepada sebarang pertikaian.
"Saya percaya proses perbincangan antara kerajaan negeri dan persekutuan yang diketuai Pelabuhan Klang. Dia patut tahu apa yang dia dah serah kepada kerajaan persekutuan," katanya merujuk kepada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili Khalid.
Azmin berkata, disebabkan itu, Putrajaya yang menerima syarat dan menandatangani perjanjian kemudian datang semula menuntut tanah yang didakwa sebagai hak mereka.
"Kenapa kerajaan persekutuan datang kata ini aset aku, kalau kami merompak adakah Yang Berhormat setuju kerajaan Persekutuan juga bersetuju supaya dirompak?" kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu.
"Kalau kerajaan persekutuan kata itu hak mereka, kenapa tidak dibahas sebelum tandatangan itu?” katanya.
Azmin juga menyifatkan Khalid sebagai 'sahabat baru Barisan Nasional (BN)' apabila bekerjasama dengan pembangkang untuk menyerangnya mengenai isu air.
"Tolong bisik kepada kawan baru Umno-BN jangan lupa fakta kerana dia pun tahu apa yang ditandatangani.
"Saya menghidu Pelabuhan Klang dan Permatang sedang bergabung menyerang saya dalam isu ini," katanya, merujuk kepada Adun kawasan berkenaan, Sulaiman Abdul Razak.
Khalid semasa berbahas dalam DUN minggu lalu berkata, cara Azmin menyelesaikan isu air bukan sahaja mengelirukan semua pihak, malah semakin menyerlahkan kelemahan diri sendiri.
"Malangnya, segala penat lelah dan jerih perih pegawai kerajaan dan pentadbiran sebelum ini yang terlibat dalam perbincangan untuk mencapai suatu persetujuan akhir seperti sia-sia sahaja apabila pentadbiran negeri yang baharu sering membuat kenyataan berbolak-balik mengenai penstrukturan semula industri air," katanya.
Azmin juga mempertikaikan kredibiliti Peguam Negara Tan Sri Gani Patail yang mewakili Putrajaya yang lemah menyediakan draf perjanjian air khusunya melibatkan pemilikan tanah dan aset.
"Kalau begini sikap peguam negara tidak mustahil negara pun akan tergadai kerana gagal menilai perjanjian.
"Usaha 5 tahun Pelabuhan Klang untuk sampai ke tahap ini mengapa kerajaan Persekutuan tidak menyemak kandungan perjanjian terlebih dahulu sebelum tandatangan," katanya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.