Followers

Thursday, April 30, 2015

545 layak undi awal PRK Rompin hari ini ??

 
 
Sebanyak 545 pengundi awal menunaikan tanggungjawab dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin bermula 8 pagi ini.

Mereka terdiri daripada 285 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 260 anggota polis.

Proses pengundian berlangsung di empat saluran mengundi iaitu di Dewan Sri Ibam, Skuadron 322 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Bukit Ibam, bilik rehat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, bilik maklumat Balai Polis Muadzam Shah dan bilik maklumat Balai Polis Tekek, Pulau Tioman.

Pusat mengundi di Balai Polis Muadzam Shah dan Balai Polis Tekek, Tioman akan ditutup pada 2 petang ini manakala pusat mengundi di Skuadron 322 TUDM Bukit Ibam dan IPD Rompin akan ditutup pada 5 petang.

PRK Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Datuk Hasan Arifin dan calon PAS Nazri Ahmad ekoran kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lalu.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.