Followers

Monday, March 16, 2015

Tindakan Mahathir Banyak Menguntungkan PR !!

Monday, March 16, 2015

1MDB, Dr M, hudud, DAP, PAS, Pakatan

TIMMY SAY

1Malaysia Development Berhad (1MDB) – kemelut yang sedang melanda Umno dan Barisan Nasional (BN) menjadi satu isu yang membolehkan rakyat menolak Umno-BN selain Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), tuduhan rasuah dan salah guna dana awam yang sering dibangkitkan pembangkang, Pakatan Rakyat (PR).

PR perlu terus percaya kepada perjuangan mereka Umno-BN akan tumbang kerana isu rasuah, 1MDB, kos sara hidup, GST dan cukai-cukai baru yang akan diketengahkan jika perbendaharaan negara terus bocor.

Jangan ragu isu yang bakal tenggelamkan Umno-BN. Lebih-lebih lagi, perkara ini disahkan Tun Dr Mahathir Mohamad melalui tangan dan mulutnya baru-baru ini.

Najib Razak.

Dr Mahathir mungkin hanya berminat hendak melihat Najib mengalami nasib yang sama dengan Pak Lah.

Tapi jangan pandang kecil pada usaha Dr Mahathir, yang sering kali menguntungkan PR.
Ketika beliau berusaha menghalau Pak Lah, BN kehilangan 2/3 majoriti buat kali pertamanya di PRU12, satu perkara yang tidak pernah berlaku lagi di Malaysia ketika itu.

Pada PRU13, bilamana Dr Mahathir mula merungut mengenai Najib, BN kehilangan 7 kerusi lagi kepada PR.

Bayangkan apa yang akan berlaku pada PRU14 dengan soalan serangan Dr Mahathir terhadap kekayaan ahli keluarga Najib?

PR, terutamanya DAP, perlu terus percaya dan percaya betul-betul tanpa sebarang was-was asakan Dr Mahathir dan isu seperti 1MDB, GST dan lain-lain isu penyelewengan yang duit awam seperti Pembinaan PFI yang mempunyai hutang berpuluh bilion dengan KWSP dan SRC International yang mengambil RM4 bilion hutang daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) akan menumbangkan Umno-BN.

DAP perlu yakin dan percaya tiada isu lain yang akan dapat menghalang rakyat Malaysia untuk terus menolak Umno-BN di PRU14 termasuk perbezaan dan perbalahan sekejap-sekejap di antara parti-parti komponen PR, termasuklah isu pilihan raya pihak berkuasa tempat dan hudud.

Isu hudud di Kelantan sudah berumur 23 tahun. Kalau manusia berumur begitu, dia sudah diberikan hak mengundi di bawah perlembagaan untuk menentukan parti mana yang disokongnya waktu pilihan raya.

Oleh itu, DAP usah jerut leher PR dan PAS dengan isu hudud. Jangan susah hati pasal hudud.

Seluruh rakyat Malaysia tahu DAP menentang hudud. Mereka tahu DAP tak boleh terima hudud atas hujah perlembagaan. Mereka kenal pendirian tegas DAP. Apa yang PAS buat tidak boleh disalahkan pada DAP. Rakyat tahu. Pengundi bukan Islam tahu.

Tapi seperti kata Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, takkanlah sebab Dr Mahathir menyerang isu 1MDB sebagaimana PR menyerang Najib, kita sudah boleh menganggap Dr Mahathir ini sudah tidak mahu Umno dan ingin bersama PR?

Begitu juga dengan PAS dan DAP. Takkan kerana DAP menentang hudud, PAS tidak mahu lagi bersama PR, dan takkan kerana PAS sayangkan hudud, DAP tidak mahu lagi bersama PR? Tentu bukan, kan?

Seperti yang ditegaskan Ustaz Tuan – yang pasti, PAS dan DAP masih bersama menentang Umno-BN. Bukankah itu sudah cukup?

Ataupun perjuangan menentang hudud ini jauh lebih penting daripada perjuangan membebaskan negara daripada Umno-BN bagi DAP? Harapnya bukan. – 16 Mac, 2015.

Kedahlanie.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.