Sikap ‘boros’ Datuk Seri Najib Razak makin terserlah dengan pembelian terkini sebuah lagi jet peribadi baru bagi kegunaan perdana menteri.
Dalam satu pendedahan kepada Keadilandaily, Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli memberitahu pentadbiran Najib pada 1 Disember lalu membeli sebuah lagi jet peribadi yang dianugerahkan secara terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd.
“Pembelian sebuah lagi jet peribadi baru yang kini di bawah pendaftaran
9H-AWK dan telah siap dicat dengan logo 1Malaysia membuktikan bahawa
pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak terus menerus bergelumang di
dalam keborosan dan pembaziran, pada kala negara masih dikejutkan dengan
skandal kewangan 1MDB,” kata Rafizi.
Ahli Parlimen Pandan itu turut merujuk kenyataan Jabatan Perdana Menteri pada sidang Parlimen November 2013 yang mana memaklumkan kerajaan telah memilik 5 jet peribadi termasuklah Boeing Businees Jet.
Sikap boros ini dilihat bertentangan dengan situasi yang dihadapi rakyat kini apabila berdepan dengan kenaikan harga barangan ekoran pemotongan subsidi bahan api.
Kesal dengan tindakan Najib itu, Rafizi turut mendakwa tindakan Najib
ini juga mengesahkan lagi bahawa rakyat bakal berhadapan dengan satu
bentuk cukai baru untuk membayar jet peribadi Perdana Menteri.
“Tindakan membeli sebuah lagi jet peribadi baru ini sudah tentu menimbulkan kemarahan rakyat pada kala rakyat terpaksa berdepan dengan pelaksanaan GST dalam tempoh 2 minggu dari sekarang.
“Rakyat terpaksa menanggung cukai baru yang sebahagiannya akan digunakan untuk membayar jet peribadi baru Perdana Menteri ini,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, penggunaan jet peribadi sedia ada iaitu ACJ319 melibatkan kos sebanyak RM28.8 juta setahun dalam bentuk sewaan dan RM5.5 juta setahun dalam bentuk kos penyenggaraan
.
Justeru, Rafizi menuntut pembelian jet peribadi ini dibatalkan kerana tindakan ini hanya akan membelakangkan kepentingan rakyat sekaligus Najib perlu memohon maaf atas tindakannya itu.
Sebelum ini, Najib dan Isterinya, Rosmah Mansor juga dilaporkan gemar berboros dan menghabiskan dana awam untuk tujuan peribadi. Tindakan ini juga turut mengundang kritikan banyak pihak yang memaksa Perdana Menteri itu berundur dan melepaskan jawatannya.
(Kredit Sumber: keadilandaily.com)
Ahli Parlimen Pandan itu turut merujuk kenyataan Jabatan Perdana Menteri pada sidang Parlimen November 2013 yang mana memaklumkan kerajaan telah memilik 5 jet peribadi termasuklah Boeing Businees Jet.
Sikap boros ini dilihat bertentangan dengan situasi yang dihadapi rakyat kini apabila berdepan dengan kenaikan harga barangan ekoran pemotongan subsidi bahan api.
“Tindakan membeli sebuah lagi jet peribadi baru ini sudah tentu menimbulkan kemarahan rakyat pada kala rakyat terpaksa berdepan dengan pelaksanaan GST dalam tempoh 2 minggu dari sekarang.
“Rakyat terpaksa menanggung cukai baru yang sebahagiannya akan digunakan untuk membayar jet peribadi baru Perdana Menteri ini,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, penggunaan jet peribadi sedia ada iaitu ACJ319 melibatkan kos sebanyak RM28.8 juta setahun dalam bentuk sewaan dan RM5.5 juta setahun dalam bentuk kos penyenggaraan
.
Justeru, Rafizi menuntut pembelian jet peribadi ini dibatalkan kerana tindakan ini hanya akan membelakangkan kepentingan rakyat sekaligus Najib perlu memohon maaf atas tindakannya itu.
Sebelum ini, Najib dan Isterinya, Rosmah Mansor juga dilaporkan gemar berboros dan menghabiskan dana awam untuk tujuan peribadi. Tindakan ini juga turut mengundang kritikan banyak pihak yang memaksa Perdana Menteri itu berundur dan melepaskan jawatannya.
(Kredit Sumber: keadilandaily.com)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.