Followers

Tuesday, March 3, 2015

Selepas Johor, Melaka pula tawar hartanah kepada Singapura





Kejatuhan ringgit, projek keretapi laju Kuala Lumpur-Singapura dan pengenalan beberapa langkah meredakan industri hartanah Singapura menyebabkan pemaju-pemaju Malaysia di luar Johor Bharu turut mengintai peluang untuk memikat pelabur daripada republik itu.

Terbaharu, pemaju pembangunan bercampur di Melaka cuba memikat pelabur-pelabur daripada Singapura.

Dengan lebihan bekalan hartanah di Malaysia, penganalisis menjangkakan para pemaju akan terus memperolehi pelaburan daripada negara di seberang tambak itu.

Menawarkan projek merangkumi taman tema seluas 500,000 kaki persegi, pusat membeli-belah dan tiga buah hotel, Hatten Group berjaya mencairkan hati rakyat Singapura.

Biarpun hanya mengadakan dua 'roadshow' sahaja, Hatten Group mampu menarik lebih 60 rakyat Singapura untuk membeli kedai dan suite hotel di Harbour City@Pulau Melaka.

Kedai-kedai tersebut berharga di antara RM150,000 sehingga RM3.7 juta sementara suite hotel berharga di antara RM270,000 sehingga RM1.2 juta. Read 

Roadshow kedua yang dijalankan hujung minggu lalu menarik ramai pelabur Singapura terutamanya yang berada di usia pertengahan walaupun pemaju mensasarkan lebih ramai golongan muda Singapura yang berusia sekitar 30-an dan menjadikan Malaysia sebagai hartanah pertama mereka.

Ketua Jualan dan Pemasaran Hatten Group, Cassandra Tio berkata, industri pelancongan kesihatan yang berkembang pesat di Melaka telah menyebabkan ramai rakyat negara itu dan Indonesia terbang ke Malaysia.

Seorang pelabur berpendapat, Melaka adalah destinasi pilihan pelancong dan merupakan alternatif kepada Johor terutamanya wilayah Iskandar yang menjadi bualan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Melaka berbeza, tambahan pula ia adalah sebuah bandar raya bersejarah. Sebelum ini kebanyakan pemaju menawarkan hartanah di Kuala Lumpur dan Johor sahaja.

"Lagipun saya masih bimbang mengenai Johor kerana ianya tidak begitu selamat," kata W. Lee, 55 tahun.

Seorang lagi pelabur berpotensi yang hanya mahu dikenali sebagai Lim,40, berpendapat sektor pelancongan di Melaka mempunyai potensi yang sangat tinggi.

"Kelemahan ringgit bermakna kami mampu melabur pada harga yang rendah.

Tambahan pula, pasaran hartanah di Singpura tidak bagus untuk pelaburan," katanya.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.