Followers

Monday, March 23, 2015

Selangor, Putrajaya bincang semula terma Perjanjian Utama air OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Perbincangan perjanjian penstrukturan air Selangor akan diadakan, kata Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

Perbincangan perjanjian penstrukturan air Selangor akan diadakan, kata Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

Putrajaya dan Selangor hari ini memulakan langkah baru dengan mengadakan perbincangan semula terma Perjanjian Utama (MoA) penstrukturan air Selangor, kata Mohamed Azmin Ali.

Menteri besar Selangor itu berkata, perbincangan awal diadakan antara Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi dengan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Loo Took Gee.

"Hari ini bukan antara menteri dan menteri besar, ia antara pegawai tertinggi.

"Kerajaan negeri diwakili Datuk Khusrin dan saya diberitahu pihak sebelah sana diwakili KSU.‎

"Saya difahamkan perbincangan pagi tadi satu permulaan yang baik dan akan buat susulan mesyuarat dengan menteri.

"Saya harap kita mampu memuktamadkan semua semangat dan prinsip di bawah Perjanjian Utama secepat mungkin," katanya pada sidang media selepas melancarkan program sambutan Hari Air Sedunia 2015 peringkat negeri Selangor di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, hari ini.

Ditanya mengenai isu kedaulatan tanah yang menjadi punca pembatalan MoA sebelum ini, Azmin berkata perkara itu tidak lagi berbangkit kerana Putrajaya bersetuju mahu meneliti semula perjanjian asal.

"Sekiranya mereka nak kembali kepada perjanjian asal maka isu ini tidak timbul," katanya. – 23 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.