Followers

Tuesday, March 3, 2015

Saya sedia jumpa PM di mahkamah, kata pengarah urusan Harakah OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA



Pengarah urusan Harakah, Dr Rosli Yaakob, yang berhadapan dengan saman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berkata beliau bersedia berjumpanya di mahkamah.

Pengarah urusan Harakah, Dr Rosli Yaakob, yang berhadapan dengan saman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berkata beliau bersedia berjumpanya di mahkamah.


Pengarah urusan Harakah, Dr Rosli Yaakob sedia berjumpa Datuk Seri Najib Razak di mahkamah berhubung tulisannya yang disiarkan Harakahdaily bulan lepas.

Jumaat lepas, akhbar milik Umno Utusan Malaysia melaporkan perdana menteri menyaman portal tersebut kerana didakwa memfitnahnya dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Kita setuju untuk jumpa perdana menteri di mahkamah," kata Rosli kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi petang ini selepas beliau menerima surat saman Najib.

Keputusan itu dicapai selepas berbincang dengan peguamnya, Mohamed Hanipa Maidin, yang juga ahli Parlimen Sepang, Sabtu lepas.

"Biarlah mahkamah yang membuat keputusan sama ada tulisan itu memfitnah beliau atau tidak," kata Rosli yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat berhubung artikel bertajuk "Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?" yang dikeluarkan lidah rasmi PAS itu pada 19 Februari.



Najib menyifatkan artikel Rosli itu, yang mempersoalkan sama ada Riza – anak kepada isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor – mendapat manfaat daripada 1MDB, satu "fitnah pihak tidak bertanggungjawab yang tidak lebih daripada sekadar pembohongan".

Hanipa pada satu sidang media hari ini mempertikaikan kenapa Najib tidak turut sama menyaman akhbar The New York Times yang menyiarkan tulisan asal dan dipetik oleh Rosli.

"Dalam surat peguam PM, ada tiga permintaan iaitu meminta tulisan itu ditarik balik, memohon maaf dan kalau setuju minta maaf, membayar sejumlah wang sebagai ganti rugi.

"Peguam saya menasihatkan, kita tidak bersetuju dengan semua tuntutan itu dan akan menunggu surat saman sebenar dari perdana menteri," kata Rosli yang merupakan bekas penolong gabenor Bank Negara sebelum menyertai politik.

"Apabila menerima surat saman sebenar itu, kita akan putuskan apakah tindakan sebenarnya termasuk bertemu dengan perdana menteri di mahkamah," kata Rosli.

"Buat masa sekarang, kami tidak bercadang menarik balik tulisan itu atau memohon maaf," katanya.

Najib dalam surat melalui peguamnya menamakan Harakahdaily dan Rosli sebagai pihak yang dituntut.

Surat tuntutan saman itu dihantar kepada Harakahdaily oleh peguam Najib pada 26 Februari lalu.

"Selepas ini, terserahlah kepada mahkamah untuk tentukan sama ada tulisan itu memfitnah atau sebaliknya dan saya ada mempunyai hujah-hujah saya ketika menulisnya," katanya. – 2 Mac, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.