Followers

Tuesday, March 3, 2015

NAMPAKNYA KITA SEMUA KENA KENCING ? Aset bernilai AS$1.5 bilion PetroSaudi tidak wujud, dakwa DAP OLEH ANISAH SHUKRY





Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua membuat kenyataan media mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur, hari ini

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua membuat kenyataan media mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur, hari ini.

Aset PetroSaudi International (PetroSaudi) bernilai AS$1.5 bilion yang disuntik dalam kerjasama dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2009 tidak wujud, dakwa DAP hari ini, malah syarikat pengurusan dana milik kerajaan tersebut mengetahui tentang perkara tersebut.

Ahli Parlimen DAP Tony Pua berkata, walaupun 1MDB melabur sebanyak AS$1 bilion dalam kerjasama tersebut, yang dikenali sebagai 1MDB PetroSaudi Limited, PetroSaudi sebaliknya sekadar menggunakan lapangan minyak kepunyaan kerajaan Turkmenistan sebagai aset mereka.

Kerajaan Turkmenistan menandatangani Perjanjian Perkongsian Pengeluaran (PSA) dengan Buried Hill Energy (Cyprus) Public Company Limited untuk mendapatkan lesen pencarian bagi membolehkan mereka membangunkan pesisir luar Blok 3, yang merangkumi Serdar Field di Laut Kaspian.

Buried Hill kemudiannya menandatangani perjanjian masuk dengan PetroSaudi pada 4 Julai, 2009 untuk membangunkan telaga minyak.

"Oleh itu, telaga tersebut tidak pernah menjadi hak milik PetroSaudi. Tambah lagi, 1MDB PetroSaudi, melalui anak syarikat PetroSaudi Turkmenistan 1 Limited menamatkan perjanjian masuk pada November 2009," kata Pua pada sidang akhbar di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini.

"Ini bermakna 1MDB sedar selama ini bahawa ini semua adalah palsu,” katanya.

Hasilnya, PetroSaudi memiliki 60% saham dalam usaha sama itu, walaupun tidak mempunyai aset dan tidak perlu melabur satu sen pun di dalamnya, kata Pua.

Salinan surat 8 Julai, 2009 yang kononnya dihantar daripada Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Buried Hill Roger Haines, kepada para pemegang saham firma itu diedarkan kepada media hari ini.

"Di bawah perjanjian yang kita tandatangani, Buried Hill akan kekal pengendali Blok III dan PetroSaudi akan menerima 50% faedah bekerja dalam PSA sebagai pulangan ke atas pembiayaan semua penilaian dan kos pra-pembangunan di Blok III," menurut surat itu.

Dalam surat berasingan, turut dikatakan dihantar daripada Buried Hill kepada PetroSaudi dan syarikat-syarikat subsidiarinya bertarikh 5 Mac, 2010 Buried Hill bersetuju membayar PetroSaudi Turkmenistan 1 Limited AS$7.099 bilion sebaik saja notis penamatan perjanjian masuk pada 24 November, 2009.

Sementara itu, Pua hari ini mendakwa laporan penilaian berjumlah AS$1.5 bilion tersebut bukannya disediakan Buried Hill ataupun kerajaan Turkmenistan, sebaliknya ia disiapkan sebuah syarikat swasta yang hanya memakan masa seminggu.

"Pada hari laporan penilaian itu dikeluarkan iaitu 29 September, ia juga hari yang sama perjanjian itu ditandatangani antara PetroSaudi dan 1MDB," katanya.

Apabila ditanya mengenai dakwaan Presiden 1MDB Arul Kanda, 1MDB sudah membuat keuntungan sebanyak AS$488 juta daripada perjanjian perniagaan dengan PetroSaudi, Pua menuntut beliau menunjukkan bukti keuntungan tersebut.

"Tunjuk kepada kami wang tersebut. Wang itu dipindahkan ke Kepulauan Cayman, kemudiaan diambil semula, tapi tiada siapa tahu di mana wang sebenar itu berada.

"Mereka enggan membawa pulang wang sehingga terdesak untuk mendapatkan wang hinggakan perlu meminjam wang daripada Ananda Krishnan dan meminta bailout sebanyak RM3 bilion daripada Kabinet," kata Pua.

Katanya, walaupun 1MDB berjaya membuat keuntungan daripada usaha sama itu, ia tidak membenarkan penipuan yang didakwa berlaku dalam keseluruhan perjanjian itu.

"Saya berharap untuk mendengar penjelasan Ketua Audit Negara tentang perkara ini, yang perlukan perhatian segera. Dokumen berada di luar sana dan saya pasti mereka yang terlibat akan cuba dengan pantas memadamkan bukti," kata Pua.

Sementara itu, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, yang turut serta dalam sidang akhbar hari ini menggesa pihak berkuasa segera menyiasat tuduhan melibatkan 1MDB.

Beliau berkata, jika tiada tindakan daripada pihak berkuasa dalam tempoh 24 jam, mereka akan membuat laporan polis esok.

Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming turut hadir pada sidang media DAP berhubung isu 1Malaysia Development Berhad di ibu pejabat DAP, Kuala Lumpur, hari ini.

Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming turut hadir pada sidang media DAP berhubung isu 1Malaysia Development Berhad di ibu pejabat DAP, Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming mempersoalkan mengapa Datuk Seri Najib Razak tidak melantik wakil daripada Kementerian Kewangan ntuk menjawat jawatan pengarah dalam 1MDB.

Katanya, itu adalah amalan lazim bagi mana-mana syarikat di bawah kementerian tersebut untuk memastikan kepentingan mereka dilindungi.

"Tetapi masih tidak ada wakil daripada 1MDB. Adakah ini sesuatu yang perdana menteri sengaja tidak mahu, atau adakah ia bukti ketidakcekapan dalam menjalankan peranannya sebagai menteri kewangan itu," kata Ong. – 2 Mac, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.