Pandangan Tun Dr Mahathir bahawa kontroversi sekitar 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) akan menyebabkan kekalahan BN dalam pilihan
raya, dipersetujui pengkritik lantang syarikat itu Rafizi Ramli.
"Saya bersetuju dengan perkara-perkara yang dibawa oleh Tun Mahathir berhubung 1MDB.
"Malah, kami biasanya membicarakan perkara yang sama.
"Saya bersetuju dengan penulisan Tun Mahathir bahawa isu 1MDB ini akan membuatkan BN hilang undi dalam PRU14 (pilihan raya umum ke-14)," kata Rafizi (kiri) merujuk kepada tulisan di blog Mahathir semalam.
Menurut Rafizi lagi, tulisan Mahathir itu juga menunjukkan bahawa penjelasan demi penjelasan yang dibuat kerajaan dan 1MDB diragui oleh orang ramai.
"Ia menunjukkan minat yang mendalam oleh rakyat Malaysia mengenai perkembangan 1MDB ini.
"Maklumat yang sampai setakat ini juga telah menimbulkan keresahan di kalangan rakyat sehingga mereka mencari-cari maklumat mengenai 1MDB.
"Itu bermakna penjelasan yang diberikan oleh perdana menteri sekarang mengenai 1MDB ditolak oleh rakyat," kata Rafizi lagi.
Mahathir dalam tulisannya semalam menggesa agar siasatan forensik dan bukannya audit semata-mata, dilakukan ke atas syarikat pelaburan negara itu.

Hairan juga...kebelakangan ini Mamakdey banyak mengeluarkan kenyataan2 berupa hasutan dan ugutan terhadap PM Najib, kenapa pihak Polis terutamanya KPN, kenapa diam membisu, jika ianya dari pemimpin2 pembangkang - terus diambil tindakan..... adakah KPN menganggap Mahathir lebih berkuasa dari PM Najib, atau ianya hanya LAKUNAN MAHATHIR DAN NAJIB untuk mengelirukan rakyat.??
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.