Followers

Sunday, March 15, 2015

Ketua polis negara isytihar perang atas Pakatan, kata DAP




 Berikutan penahanan beberapa ahli pakatan pembangkang dalam perhimpunan ‪#‎KitaLawan‬, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata Ketua Polis Negara Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar seolah-oleh mengisytihar perang terhadap Pakatan Rakyat. 


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sedang mengisytiharkan perang atas Pakatan Rakyat (PR), kata DAP hari ini, susulan tangkapan demi tangkapan dibuat terhadap mereka yang terlibat dalam perhimpunan #KitaLawan 7 Mac lalu.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, polis seperti menggunakan satu set undang-undang yang lain terhadap pakatan pembangkang selepas Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong ditahan kerana pembabitan dalam perhimpunan tersebut hari ini.

"Malah, ketua polis perlu menjawab kenapa beliau mengisytiharkan perang atas pemimpin PR dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) yang komited terhadap proses pertukaran politik yang aman dan demokrasi ketika beliau sepatutnya mengisytiharkan perang atas Negara Islam (Isis) yang menggunakan tekanan mempengaruhi rakyat Malaysia supaya menyertai kekejaman yang mereka lakukan.

"Ketua polis silap dalam memberikan keutamaan – dengan menganggap rakyat yang patuh kepada undang-undang dan mahu menjalankan hak kebebasan berhimpun, berpersatuan dan bersuara di bawah perlembagaan dengan cara yang aman dan demokrasi satu ancaman yang lebih besar dari pengganas dan anggota Isis," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu mengkritik Khalid kerana gagal bertindak dengan kepantasan yang sama apabila laporan polis dibuat terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN), dan ini menimbulkan persoalan sama ada beliau seorang ketua polis untuk semua atau hanya untuk parti pemerintah.

"Sekiranya Khalid ialah ketua polis hanya untuk Umno/BN dan beliau tidak fikir beliau perlu bertindak dengan adil dan saksama kepada semua, beliau perlu minta Umno/BN membayar gajinya dan tidak mengambil imbuhannya dari Parlimen," kata Lim.

Lim menggesa Khalid memastikan siasatan polis ke atas Teo diselesaikan hari ini dan dibebaskan tanpa perlu bermalam di lokap.

"Tidak ada sebarang keperluan untuk menahan reman Teo di balai Jinjang kerana polis ada banyak masa untuk merekodkan keterangannya, lebih-lebih lagi apabila beliau pada pagi ini melaporkan diri di balai Dang Wangi."

Lim juga mendesak Khalid memastikan polis akan melayan naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar dengan cara yang terhormat apabila beliau hadir di balai itu Isnin nanti bagi merekodkan keterangannya berhubung Himpunan #KitaLawan itu.

Teo merupakan pemimpin PR ke-6 ditahan polis susulan himpunan pada 7 Mac itu.

Turut ditahan sebelum ini ialah bendahari Pemuda PAS Mohd Fakhrul Razi Mohd Mokhtar, setiausaha agung PKR Rafizi Ramli, Setiausaha Pengelola PKR Pusat Mohd Fariz Musa, Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Pemuda PKR Kelana Jaya Saifullah Zulkifli.
 

Bloglist Malaysia.

Pesanan Khas Kepada KPN Yang Beragama Islam:

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.