Followers

Thursday, March 26, 2015

PKR jadi orang tengah, jumpa DAP, PAS berasingan, kata Rafizi OLEH MOHD FARHAN DARWIS


Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, PKR akan mengadakan pertemuan berasingan dengan DAP dan PAS berhubung dengan isu hudud.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, PKR akan mengadakan pertemuan berasingan dengan DAP dan PAS berhubung dengan isu hudud.

PKR mengumumkan hari ini ia akan bertindak sebagai 'orang tengah' dalam Pakatan Rakyat (PR), susulan krisis yang berlaku antara DAP dan PKR berhubung isu hudud.

Setiausaha Agungnya Rafizi Ramli berkata, PKR akan mengadakan pertemuan berasingan dengan kedua-dua parti berkenaan dalam minggu ini.

"Dalam masa antara dua tiga hari ini, kami akan berjumpa dengan PAS dan DAP, dan kami akan keluarkan kenyataan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

"Seperti 'tripod', keseluruhan Pakatan tidak akan mampu bertahan jika kekurangan salah satu kakinya, sekurang-kurangnya kami cuba memainkan peranan ini," kata ahli Parlimen Pandan itu.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam secara terbuka menggesa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meninggalkan PR sekiranya berkeras meneruskan membawa rang undang-undang persendirian berkaitan hudud ke Parlimen.

DAP juga melalui resolusi mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusatnya bertindak memutuskan hubungan mereka dengan Hadi, namun mengekalkan kerjasama mereka dalam PR.

Susulan kenyataannya itu, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, yang juga ahli Parlimen PAS Pasir Mas menempelak DAP yang menurutnya merupakan pihak yang seharusnya meninggalkan PR.– 25 Mac, 2015. 


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.