Followers

Thursday, March 5, 2015

Perkasa label PAS 'lucu, dungu dan jumud'

PERKASA nie apahal pulak duk kata kat Majlis Syura Ulamak PAS?

Perkasa mengecam keras tindakan pemimpin PAS yang melarang anggota-anggota parti itu menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa).

Presidennya Datuk Ibrahim Ali menyifatkan sikap Majlis Syura PAS itu sebagai "tidak demokratik, bodoh, lucu, dungu dan jumud."

Beliau mengulas kenyataan setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh, yang menggesa PasMa dibubarkan sebelum anggota-anggotanya dibenar bersama parti Islam.

Nik Zawawi berkata demikian sebagai menjawab hasrat PasMa mengadakan pertemuan dengan pemimpin PAS bagi membincangkan kemelut dalaman Pakatan Rakyat.

PasMa digerakkan oleh anggota-anggota PAS dan muncul tahun lalu sewaktu memuncak krisis Selangor. Waktu itu sebilangan pemimpin atasan PAS mengambil sikap berbeza daripada keputusan PKR dan DAP.

Dalam kenyataannya, Ibrahim berkata PasMa bukan sebuah parti politik dan PAS tidak berhak mengambil tindakan kepada ahli sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

"Kalau PasMa menjadi parti politik, maka PAS wajib bertindak memecat (mereka) yang masuk PasMa kerana setiap individu tidak boleh menjadi ahli kepada dua parti politik.

"Tapi PasMa belum jadi parti politik, ahli PAS mahu menjadi ahli PasMa, itu hak individu berkenaan," katanya.



KedahLanie.info

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.