PAS mempersoal tindakan kerajaan yang menggunakan kepakaran syarikat
Australia bagi membangunkan projek hartanah Tun Razak Exchange (TRX)
milik 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Ketua penerangannya Datuk Mahfuz Omar mengulas kerjasama syarikat hartanah Lend Lease dari Australia dengan 1MDB untuk membangunkan projek itu yang dianggarkan bernilai RM8 bilion.
"Projek mega bernilai RM8 bilion itu sepatutnya diusahakan sendiri oleh syarikat tempatan yang tidak kurang hebat dan berkemampuan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Kota pentadbiran Putrajaya dibina oleh Putrajaya Holdings Berhad, KL Sentral dibina oleh Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), bahkan Lembaga Kemajuan Bandar (UDA) pula telah berjaya membangunkan pelbagai jenis hartanah semenjak 1970-an lagi.
"Jelas, membuktikan pada hakikatnya Malaysia sudah ada kemampuan sendiri untuk membangunkan hartanah," tambahnya.
Minggu lalu, anak syarikat 1MDB - 1MDB Real Estate Sdn Bhd - menandatangani perjanjian usahasama, dan juga urusan jual beli, dengan Lend Lease untuk projek Lifestyle Quarter, sebahagian projek hartanah TRX yang bernilai AS$8 bilion (RM29.43 bilion) atas tanah seluas 28 hektar berdekatan Jalan Bukit Bintang dan Menara Berkembar Petronas.
Lend Lease menguasai 60 peratus kepentingan dalam Lifestyle Quarter, projek pembangunan seluas 6.8 hektar, termasuklah sebuah pasar raya, beberapa menara kediaman dan sebuah hotel.
Mahfuz menggesa persatuan pemaju negara ini membantah projek tersebut yang memilih Lend Lease sebagai pemaju.
"Sudah tiba masanya, kita berdiri atas kaki kita sendiri tanpa terus bergantung kepada pihak luar," katanya.
Dalam kenyataan awalnya, 1MDB Real Estate yakin projek itu boleh membawa pelaburan asing sebanyak AS1 bilion (RM3.7 bilion).
Menurutnya lagi, Lend Lease memainkan peranan penting dalam projek-projek di New York, Chicago, London, Sydney dan Melbourne.

Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.