Followers

Tuesday, March 10, 2015

Pandikar teliti gesaan benarkan Anwar ke Parlimen, kata Azmin OLEH MOHD FARHAN DARWIS


Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bersama Mohamed Azmin Ali dan Ahli Parlimen PKR dari Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bersama Mohamed Azmin Ali dan Ahli Parlimen PKR dari Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan meneliti gesaan Pakatan Rakyat (PR) supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenar menghadiri persidangan Parlimen, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Azmin, yang bertemu Pandikar di pejabatnya di Parlimen hari ini, berkata perkara itu dibangkitkannya kepada speaker dan beliau memberi jaminan akan meneliti perkara itu.

"Saya bangkitkan perkara itu oleh kerana speaker keluar kenyatan Anwar masih seorang ahli Parlimen yang sah dan beliau kekal sebagai ketua pembangkang.

"Saya bangkitkan kita harus mengiktiraf peranan ketua pembangkang, dan melahirkan kekecewaan kerana Anwar tidak dibenarkan hadir ke Parlimen," katanya, dan menambah terdapat peruntukan membenarkan kehadiran Anwar ke Parlimen walaupun beliau sedang menjalani hukuman penjara.

"Kes mahkamah membabitkan beliau dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman membolehkan beliau dibawa ke mahkamah."

Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Persekutuan selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau kini menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh, dan pemimpin PR menggesa beliau dibenarkan menghadirkan diri ke Parlimen ketika sesi sidang Dewan Rakyat.

Ucapan ketua pembangkang yang seharusnya menjadi pentas Anwar di Parlimen hari ini digantikan anaknya, yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah.

Pandikar sebelum ini dalam satu kenyataan berkata, Anwar masih lagi ahli Parlimen yang sah memandangkan keluarganya menghantar petisyen kepada Lembaga Pengampunan menuntut pengampunan Yang di-Pertuan Agong.

Sementara menanti keputusan lembaga berkenaan, taraf ahli Parlimen Permatang Pauh yang disandang Anwar masih sah. – 9 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.