Usul Pakatan Rakyat di Parlimen antara lain mahu hakim Mahkamah Persekutuan yang menjatuhkan hukuman penjara ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim diselar kerana gagal bertindak menurut keputusan penghakiman terdahulu termasuklah keputusan mereka sendiri.
Usul Pakatan Rakyat di Parlimen antara lain mahu hakim Mahkamah Persekutuan yang menjatuhkan hukuman penjara ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim diselar kerana gagal bertindak menurut keputusan penghakiman terdahulu termasuklah keputusan mereka sendiri.
Pakatan Rakyat (PR) menuntut agar kelima-lima panel hakim Mahkamah Persekutuan yang terlibat menjatuhkan hukuman bersalah dalam kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibahaskan di Parlimen.
Pemimpin PR dipercayai sedang dalam proses menyerahkan usul berkenaan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia atas alasan hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar adalah keputusan "luar biasa" dan tidak disokong secara undang-undang atau fakta munasabah.
"Kelima-lima hakim tersebut cuma menjadi mengiyakan pandangan hakim perbicaraan terhadap kewibawaan (Mohd) Saiful (Bukhari Azlan) dan gagal untuk bertindak menurut keputusan penghakiman terdahulu termasuklah keputusan mereka sendiri.
"Kelima-lima hakim tersebut mengkesampingkan fakta material yang penting terhadap kebarangkalian kisah yang diceritakan Saiful dan tidak menarik kesimpulan yang betul daripada fakta tersebut, perbuatan itu tidak berlaku dan DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tidak bersalah atas apa-apa kesalahan," kata petikan usul berkenaan.
Anwar dihukum penjara lima tahun pada 10 Februari lalu atas kesalahan meliwat Saiful, yang merupakan bekas pembantunya.
Lima hakim yang terlibat dalam kes itu adalah Tun Ariffin Zakaria, Tan Sri Raus Sharif, Tan Sri Abdul Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali. – 11 Mac, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.