Followers

Wednesday, March 11, 2015

#KitaLawan diteruskan hingga Najib letak jawatan, kata penganjur OLEH YASMIN RAMLAN

Bendahari Pemuda PAS yang merupakan anggota sekretariat #Kitalawan berkata, perhimpunan akan diteruskan seperti biasa pada 14 Mac ini walaupun pihak berkuasa sudah memulakan siri tangkapan.

Bendahari Pemuda PAS yang merupakan anggota sekretariat #Kitalawan berkata, perhimpunan akan diteruskan seperti biasa pada 14 Mac ini walaupun pihak berkuasa sudah memulakan siri tangkapan.

Perhimpunan #KitaLawan akan terus disambung di hadapan kompleks membeli-belah Sogo di Kuala Lumpur sehingga Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri, kata Mohd Fakhrul Razi Mohd Mokhtar.

Bendahari Pemuda PAS yang merupakan anggota sekretariat #KitaLawan itu berkata, perhimpunan akan diteruskan seperti biasa pada 14 Mac ini walaupun pihak berkuasa sudah memulakan siri tangkapan.

"Ia akan diteruskan selagi Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadikan tahanan politik dan selagi Najib tidak meletakkan jawatan sebagai perdana menteri," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya, perhimpunan solidariti juga akan diadakan setiap malam di hadapan Pusat Tahanan Balai Polis Jinjang atau mana-mana balai polis yang menjadi tempat tahanan mereka yang terlibat dengan #KitaLawan.

"Tindakan pihak polis memanggil dan seterusnya menangkap peserta #KitaLawan pada 7 Mac lalu, selepas ia berlangsung dengan aman, membuktikan yang tuntutan anak muda #KitaLawan mempunyai asas yang kukuh.

"Tangkapan yang dibuat menggunakan Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman menunjukkan mereka terdesak menakutkan rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita di hadapan Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Beliau diarahkan polis hadir ke balai tersebut jam 11.30 pagi ini kerana penglibatannya dalam himpunan #KitaLawan pada Sabtu lepas.

Beliau yang turut ditemani peguamnya Noorazmir Zakaria mendakwa, anak muda kini dijadikan mangsa dan terus dizalimi hanya kerana berani berkata benar dan sanggup melakukan apa sahaja demi kekal berkuasa.

"Kekuatan #KitaLawan lahir daripada sikap bertanggungjawab dalam sanubari di kalangan anak muda yang benci dengan kezaliman, amalan rasuah dan salah guna kuasa.

"Selagi anak muda ditekan, selagi itulah ramai di luar sana yang bersedia memikul tanggungjawab ini," katanya.

Sementara itu, Noorazmir berkata polis memanggil Fakhrul Razi sejak Ahad lepas untuk memberi keterangan tetapi beliau sewaktu itu berada di Kelantan.

"Hari ini beliau terus datang ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi (dari lapangan terbang)  untuk memberi keterangan dan kemungkinan beliau akan ditahan. Kami sudah bersiap sedia jika beliau ditahan," katanya. – 11 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.