Followers

Thursday, March 19, 2015

Najib nak letak jawatan?.. Jangan harap kata A Kadir Jasin

 Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin berkata, pihak yang berharap agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan berubah sikap atau meletak jawatan pasti akan kecewa.

Katanya, Najib tidak mudah berubah kerana dikawal dan terhutang budi dengan banyak pihak. Kadir, yang rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Najib hanya boleh dipaksa untuk berundur dengan isu tertentu.

“Hanya paksaan atau keterpaksaan berkaitan isu-isu seperti 1MDB, Pembangunan PFI Sdn Bhd, SRC International Sdn Bhd dan kejayaan Sirul Azhar Umar memboloskan diri ke Australia akan memaksa Mohd Najib mengundurkan diri,” katanya.

Katanya, Najib berbeza dengan perdana menteri terdahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang hanya dikelilingi oleh kelompok kecil penasihat.

“(Najib) dikerumuni dan dikuasai oleh begitu ramai kaki ampu dan "jemuan" yang tidak akan membenarkan beliau berubah apatah lagi mengundurkan diri,” kata Kadir.

Satu-satunya cara untuk menyingkir perdana menteri adalah melalui majlis tertinggi Umno, yang dikuasai Najib, katanya.

Mahathir, dalam satu tulisan minggu lalu mempersoalkan harta kekayaan Najib dan pentadbirannya dalam syarikat pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Walau berdepan dengan kontroversi itu, keduduan Najib dilihat masih utuh dan berjaya meraih sokongan akar umbi Umno melalui satu perhimpunan pada 8 Mac lalu lapor Malaysiakini


Anak Sungai Derhaka.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.